Tuesday, May 28, 2013

Bangkit Dari Ambang Maut

Assalamualaikum 

'Tanda awal yang ku alami adalah kurang selera makan.
Tidakku sangka sebenarnya ia adalah kanser  prostat.
Berat Badanku susut dan hidupku mula kalut.'

Encik Aziz bin Ngah




Siapa pernah menyangka bahawa diri mereka akan diserang kanser, dan sepanjang hidup mereka perlu bertarung dengannya. Malah sebaik kanser dikesan, ia sudah berada pada tahap akhir. Itulah yang berlaku kepada saya.

Saya mula mendapat tahu bahawa saya menghidap kanser prostat pada bulan Januari tahun 2010 setelah ujian dijalankan oleh doktor. Pada mulanya saya berasa kurang selera makan. Tambahan lagi, selera makan saya boleh terhenti secara tiba-tiba walaupun sewaktu saya sedang menjamah makanan. Ketika itu, berat badan saya mula susut dengan begitu ketara. Saya menjadi amat kurus. Pada awalnya saya tidak mengesyaki bahawa saya menghidap kanser. Sebaliknya, saya beranggapan bahawa ia mungkin sekadar hilang selera akibat usia yang semakin meningkat tua. Lama kelamaan saya hampir hilang terus selera makan. Saya menyangka, saya mungkin terkena santau dan sebagainya kerana sebagai seorang ahli perniagaan, saya sering makan di luar.

Akhirnya saya memberanikan diri untuk menjalani pemeriksaan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Doktor mendapati terdapat 6 spot kanser di kawasan prostat. Ketika itu juga, doktor menyatakan bahawa kanser tersebut sudah berada pada tahap empat. Seterusnya doktor menunjukkan bacaan PSA (Prostate specific antigen) iaitu sebanyak 509.12!Padahal bacaan PSA untuk manusia normal adalah pada skala 1 hingga 4. Itu adalah satu bacaan yang amat tinggi dan penyakit sudah berada pada tahap kronik. Kemudian, doktor memeriksa pula bahagian lain di tubuh saya. Doktor mendapati terdapat 10 spot kanser yang sudah menyerang pada tulang di bahagian atas.

Pada tahap ini, doktor sudah tidak boleh menjalankan pembedahan lagi kerana kanser sudah merebak. Malah kemoterapi juga tidak dapat dilakukan keran tulang-tulang saya sudah menjadi rapuh. Saya hanya diberikan suntikan Hormone Theraphy berkala pada setiap 3 bulan selama 2 tahun tetapi bacaan PSA masih tidak menurun iaitu 500 lebih.

Keadaan saya semakin lemah. Setiap kali membuang air kecil, terdapat darah dalam air kencing. Sendi-sendi dan tulang bahagian belakang saya teramat sakit. Saya gagahkan diri untuk meneruskan perniagaan walaupun hakikatnya tubuh badan saya berasa terlalu sakit.

Pada akhir tahun 2011, saya hanya redha dan mencari rawatan alternatif untuk menyembuhkan penyakit yang sedang dihidapi. Isteri mengajak saya untuk mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah kerana rawatan di sana berasaskan al-Quran. Saya mula bertemu Haji Lokman. Ketika itu, beliau ada menyentuh tulang belakang saya lalu memberikan beberapa rangkaian ayat untuk diamalkan. Saya yakin bahawa inilah ubta sebenar saya. Saya pulang ke rumah dan mengamalkan bacaan yang diberikan secara bersungguh-sungguh. Saya turut mengamalkan solat malam dan berzikir seperti yang disarankan.

Setelah melalui beberapa sesi rawatan di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, saya pergi menjalankan pemeriksaan semula di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Doktor mendapati bacaan PSA saya turun hingga 3.22! Doktor berasa amat terkejut dengan penurunan itu. Malah saya sendiri tergamam dan amat bersyukur kepada Allah SWT. Saya merasakan diri ini seolah-olah dilahirkan semula. Daripada penyakit yang sudah di ambang maut, kini kembali pada tahap yang di bawah paras bahaya. Semenjak itu, saya terus-menerus mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Al-Hidayah. PSA saya terus berada pada tahap yang terkawal.

Melalui pemeriksaan selanjutnya doktor mendapati kanser-kanser di bahagian tulang juga tidak ada lagi. Malah, doktor ketika mendapati perkembangan baik penyakit saya ini pernah berkata, andai saya mati, saya bukan mati kerana kanser yang sedang dihidapi ini.

Kuasa Allah SWT, tiada yang mustahil. Isteri adalah individu yang paling banyak membantu saya dalam menempuh hari-hari yang penuh dengan debaran dan kesakitan. Beliau sering menasihatkan saya agar redha dan yakin hanya kepada Allah SWT. Tidak semestinya yang sakit akan pergi dahulu. Andai sudah ketetapan ajal, yang sihat juga kadangkala lebih awal pergi menghadap Ilahi. Dengan dorongan semangat itulah, saya terus berusaha mengamalkan bacaan ayat-ayat al-Quran yang diberikan. Saya menunaikan solat malam, memohon kesembuhan daripada Allah SWT.

Ke mana sahaja saya pergi, saya akan membawa keratan potongan ayat al-Quran yang diberikan. Saya membuat salinan keratan tersebut dan membawanya ke mana-mana untuk di baca. Tidak kira di mana sahaja, saya bekerja atau berniaga, saya tidak lupa untuk mengamalkan bacaan ayat-ayat al-Quran tersebut. Berkat ketekunan dan kesungguhan serta semnagat saya ini, Allat SWT mengizinkan saya untuk menemui sinar kesembuhan. Siapa sangka, daripada kanser tahap empat yang kronik, pada usia 66 tahun ini, beserta bacaan kanser PSA yang terlalu tinggi berbanding paras normal. Sekarang saya sihat dan bertenaga. Bahkan, saya dapat melalui hari-hari seperti individu normal yang lain. Terima kasih ya Allah...

Sumber: Perubatan Al-Quran Rawatan Kanser.
Penulis: Hj Lokman Abdul Hamid
Penerbit:Must Read Sdn Bhd.
Tahun Cetakan: 2013

P/S: Dialah ABOH saya..Dialah AYAH saya..Dia yang KUAT..Dia yang Tabah..Semoga Tuhan sentiasa pelihara kesihatan aboh..aminnn

Update: Skrg aboh di Azzahrah..pagi ni muntah2 di hospital.. :(

Ya Allah...ringankanlah kesakitan yang ditanggung oleh ABOHKU ya Allah...


Monday, May 27, 2013

Amir Ashrof n 3rd appoitment Hospital Serdang

Assalamualaikum 

Selasa lepas 21 Mei saya cuti utk appoitment ke 3 Amir Ashrof di Hospital Serdang..Seperti biasa..kami gerak awal mcm org nak gi kerja..8.30 appoitment utk refraction n pukul 9.30 utk jumpa dengan pakar..alhamdulilah setakat ni utk registration x pernah lama..dah register saya terus ke bahagian Oftalmologi..

Ini no giliran Amir Ashrof utk buat refraction..Kali ni rasa sangat berpuas hati dengan penerangan drpd pegawai optometrist..Ada perubahan utk vision Ashrof..maksud saya power mata Ashrof..tp masih ada lagi sebut perkataan operate..saya redho andaikata itu jalan terbaik utk anak saya..byk yg saya tanya dan ada beberapa jawapan yg membuatkan saya terkedu..salah satunya..tempat sekiranya surgery perlu dilakukan..Hospital Selayang atau HKL..Allah..sungguh..2 tempat itu benar2 asing bg saya..prosedurnya pulak..rasanya belum masanya utk saya ceritakan di sini..kerana doc pakar sendiri tak pernah sebut lagi pasal surgery..skrg mereka masih tunggu hingga vision n mata anak saya betul2 stabil dan pakar kl..KC Chu pun x suggest operation lagi..ok..lupakan dulu bab surgery..apa pun readykan mental dan fizikal dr sekarang..


Perempuan bertudung di atas ialah pegawai optometrist yg bertugas pada hari itu..banyak juga ujian mata yg dibuat pada ashrof hari tu..semoga kamu kuat sayang!kita akan berusaha bersama..itu janji ibu pada kamu.. :(

Masih menangis..bilik yg banyak meninggalkan kenangan yg menyakitkan bg Ashrof barangkali..


Antara ujian mata yg dilakukan..

Masa ni dia dah nampak ok..tapi sedikit mengantuk..temujanji kali ni sedikit menguji kesabaran saya..kebetulan pada hari tersebut ramai pelajar praktikal..so pemeriksaan ke atas pesakit sedikit lama..anak saya juga dijadikan bahan tunjuk ajar..x per la..utk pendidikan bakal2 doc akan datang juga..cuma sedikit sebanyak hati saya terusik mender tangisan ashrof di sebalik tirai..kami disuruh tunggu di luar..manakala ashrof dibungkus dalam selimut dan duduk di belakang tirai.. :( Next appoitment..bulan januari tahun depan..dengan pegawai optometrist plak on September nanti..Apa pun semoga semuanya dipermudahkan Tuhan..tolong...doakan kesihatan anak saya dan semuanya dipermudahkan Tuhan..TQ..

Pavlova

Assalamualaikum 



Org lain dah lama buat pavlova..saya baru hegeh2 nak buat..itu pun sbb nak bawak pi umah abg ipar..huhuhu..gigih la tanye adik ipar cemana nak bikin pavlova..selama ni dier buat takmo tgk betul2..padan muke kat diri sendiri..bile dah buat...baru la tau..oohhh x der la susah sgt..ok..jomm tgk apa bahan2 yang diperlukan utk buat pavlova ni..

http://3.bp.blogspot.com/-wQFhK65oS5E/UE7A2QNi1qI/AAAAAAAAATA/M2CTGyxFqZs/s320/manfaat-putih-telur.jpg
4 biji telur (ambil putih sahaja)

 http://www.doorstep.com.my/Corporate/images/products/10402.jpg
1/2 cawang gula kastor

 http://www.jalen.com.my/data/prod/1346665119_CukaBuatan_650ml.gif
1 sudu besar cuka

 https://e-marketkhas.com/2913-thickbox/tepung-jagung-cap-bintang-400g.jpg
1 sudu besar tepung jagung

http://2.bp.blogspot.com/_vujv0X8Gwhs/S-EQlItWkmI/AAAAAAAAAHE/FsYASftxpMg/s1600/VanillaEssence.jpg

1 sudu besar esen vanilla

 http://2.bp.blogspot.com/-owwBU1TUaa4/T6ZHmO3FKOI/AAAAAAAAJE0/UKQcLGXlU4U/s1600/IMG_7254.jpg
1 cawan non diary whipping cream


 http://photos2.demandstudios.com/DM-Resize/photos.demandstudios.com/getty/article/88/86/87457368_XS.jpg?h=10000&w=268&keep_ratio=1
Buah-buahan

Cara-Cara:

1. Pukul telur hingga kembang selama 5-10 minit
2. Masukkan gula kastor
3. Masukkan tepung jagung, esen vanilla dan cuka..pukul hingga kental...agak2 kalau korg terbalikkan bowl mixer tu..mender tu tak tumpah kire sukses la tu...kalo tumpah..x jadik..sila la lap ye..kikikiki
4. Letakkan adunan tadi atas kertas minyak..ikut korg la nak buat beso mana..sebelum letak kertas minyak atas loyang..loyang tu sila la sapu dengan marjerin yer..
5. Bakar adunan dalam oven selama sejam pada suhu 130 darjah celsius.
6. Selepas sejam..jangan keluarkan adunan terus dr oven..biarkan beliau duduk berehat di dalam barang 5 minit..bukakkan sikit pintu oven tu..
7. Kuarkan adunan yang siap dibakar tadi...letakkan whipping cream kat bahagian atas..ikut korg la nak tepek byk mana yg korg suke..(whipping cream tu korg bleh pukul ngan mixer sementara tunggu adunan siap dibakar)
8. Taburkan buah pada bahagian atas dan masukkan dalam peti ais..


Baked Meatball Ala Pizza Hut

Assalamualaikum 




Sori lama x up apa2 entry dalam blog ni..rindu nak blogging tp x de masa nak menulis..hari ni nak share resepi baked meatball...resepi campak2 n olah sendiri ikut sedap anak tekak..jom tengok bahan2 utk buat baked meatball ala2 pizza hut ni.. 


http://blog.mohdisa.com/media/bawang-putih.jpg
2 Ulas bawang putih (cincang halus)

 http://4.bp.blogspot.com/-V2DyDf_IbuQ/TdjjiRPowSI/AAAAAAAAHlQ/Im7in6BQSE0/s1600/bawang.jpg
1 labu bawang holland (potong dadu)

 http://www.fruitezy.com.au/images/capsicum%20green.jpg
1/2  capsicum hijau (potong dadu)

 http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/d/da/Red_capsicum_and_cross_section.jpg
1/2  Capsicum merah (potong dadu)

 http://img.21food.com/20110609/product/1306516268698.jpg
1/2  Capsicum kuning (potong dadu)

 http://3.bp.blogspot.com/-JclQ6xONrpE/UMBwdXoRGAI/AAAAAAAAAZI/YHQE9b30NqI/s1600/IMG_1881.JPG

Meatball Cap Ramly pun ok..nak sedap guna cap MARINA

 http://1.bp.blogspot.com/-YX_K4Az36EM/T29CvgeFysI/AAAAAAAAGpU/WFddNh2t9VA/s1600/DSC01640.JPG
 
Minced meat cap Ramly

 http://4.bp.blogspot.com/-r8dk5PWtrCg/TbU0yfWk2SI/AAAAAAAAAsk/f0KMuvy4R48/s1600/sos+prego2.jpg
 Sos Prego


 http://ayam-brand.com.my/images/products/mushrooms.gif

Cendawan Butang

 http://3.bp.blogspot.com/_VOeZhRyRtGU/TUpNA0pwQMI/AAAAAAAABb8/55RrFcjWOlk/s1600/chimage2.jpg
Serbuk oregano

 http://www.masterfoods.co.nz/Images/Product/300x300-H&S_MexicanChilliPowder.jpg

Serbuk Cili

 https://e-marketkhas.com/5324-thickbox/mc-black-pepper-453g.jpg
Blackpapper

 http://www.sargento.com/media/product/front/00059-Artisan-Parmesan.png
Keju Parmesan

 http://www.sargento.com/media/product/front/00055-Fine-Cut-Mozzarella.png
Keju Mozarella

 http://4.bp.blogspot.com/_BnVbwSpSNsI/TULPJw8plhI/AAAAAAAAAck/sRbH9SFBlIY/s1600/hipertensi+darah+tinggi+diet+garam.jpg
Garam

 http://2.bp.blogspot.com/-pnqUPUph1lM/TknQ1i_UsHI/AAAAAAAAAjc/x8YDjNg-bhg/s1600/1132-A.jpg
Sos Cili


Cara-cara:
1. Meatball rebus terlebih dahulu..Tos dan asingkan
2. Panaskan minyak...tumis bawang putih dan bawang holland sehingga kuning..
3. Masukkan sos prego, sos cili, blackpapper dan serbuk cili..kacau sebati dan masukkan daging cincang dan cendawan butang.
4. Masukkan capsicum merah hijau dan kuning yg telah di potong dadu tadi..
5. Garam secukup rasa..
6. Letakkan meatball dalam bekas yg telah disediakan..ikut suka ati la nak letak baper banyak meatball dlm bekas tu..
7. Curahkan bahan2 yang dah ditumis tadi atas meatball
8. Taburkan mozarella n parmesan cheese kat atas..
9. Bakar dalam oven selama 15 minit pada suhu 220 darjah..


Tuesday, May 14, 2013

Fadhilat Ciuman

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. Barangsiapa keluar ke pekan dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di akhirat kelak. Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan? Dengan wujudnya sifat suka mencium anak, hormon dan bau anak kita itu akan sebati ke dalam otak kita sekaligus mesej yang mengatakan “aku sayang anak aku” akan tersemat terus ke dalam jiwa. 

FADHILAT MENCIUM SUAMI

Bila isteri salam dan cium tangan suami, maka gugurlah dosa-dosa kecil si isteri. Restu seorang suami tu penting dalam rumahtangga. Lagipun isteri juga akan dapat pahala. Suami pun mendapat pahala juga kalau dia kucup dahi isteri. Ramai isteri yang tidak pasti waktu dan ketika bila mereka harus mencium suaminya. Sebenarnya bagi seorang suami, jika mereka sudah di biasakan dicium oleh isteri mereka tidak kira bila-bila masa pun… mereka cukup menghargainya. Dengan cara inilah hati dan jiwa mereka akan tertutup dengan godaan dari luar. Sebab itulah ramai wanita yang memujuk rayu suami mereka supaya berhenti menghisap rokok. Jika suami mahukan nafas yang segar dari isterinya ketika dicium, maka perkara yang sama juga dimahukan oleh isteri mereka. Lagipun, Islam tidak menggalakkan sesiapa sahaja menghisap rokok. Kenyataanya, apa yang berlaku hari ini ialah isteri hanya akan mencium suami bila suami hendak berjalan jauh/outstation/kerja di luar kawasan. Itu tidak cukup untuk menyemai benih sayang pada suami. Jika anda sebagai isteri terlalu sombong untuk mencium suami sendiri, jangan terperanjat pula nanti kalau suami anda rasa lebih di sayangi oleh wanita lain di luar sana. Jadi selalulah belai suami dengan ciuman dan juga pelukan. Semua ini akan menambah rasa kasih. Hati yang panas juga boleh jadi sejuk. Boleh di praktik oleh si isteri apabila dia atau suaminya hendak pergi kerja dan balik kerja. Selepas solat dan ketika hendak tidur juga bagus di amalkan. Hikmahnya, redha suami akan sentiasa bersama isterinya. Satu lagi perkara yang ramai isteri tidak sedar ialah tabiat tidur berbantalkan lengan suami. Hanya sedikit sahaja isteri yang tahu bahawa tidur berbantalkan lengan suami + dalam dakapan suami, boleh membuatkan hati suaminya luluh. Benar. Jika isteri sudah wangi sebelum tidur dengan rambutnya yang beraroma segar, suami pasti akan mencium rambutnya, dahinya dan juga pipinya. Bila ini berlaku, isteri juga akan mencium suaminya. Bukankah itu dapat menghalang suami dari mencari aroma baru di luar rumah????? 

 FADHILAT MENCIUM ISTERI

Mencium isteri juga merupakan ibadah. Islam memandang tindakan tersebut sebagai satu perkara yang baik, bahkan dapat memberikan pahala kepada suami. Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka. Hati yang gundah, bisa menjadi bahagia. Gelap kesedihan, bisa menjadi cerah dengan keriangan. Dilihat kepada Nabi, siri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW dikala bersama Isteri. Tindakan Nabi itu tidak pernah diabaikan, hatta dalam bulan ramadhan sekalipun. Aisyah R.Ha ada meriwayatkan hadis:

 كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقَبِّلُ فِي رَمَضَانَ وَهُوَ صَائِمٌ 

Maksudnya; “Rasulullah SAW sentiasa mencium aku dalam bulan Ramadhan, ketika itu Baginda SAW sedang berpuasa” 

Hadis ini amat nyata lagi jelas, Nabi SAW tetap juga memberikan kasih sayang baginda kepada isteri tanpa mengira waktu. Suami pula harus sedar yang dirinya juga harus berada dalam keadaan yang selesa dan wangi setiap kali hendak mencium isteri. Tabiat suka mencium isteri janganlah di pandang ringan, kerana Nabi juga mengamalkannya. Mengapa? Kerana cium itu tandanya sayang. Tapi kalau seorang isteri terlalu ego dan tidak membenarkan suaminya sendiri menciumnya… juga jangan terperanjat kalau suami masing-masing melepaskan rasa kasih sayang terhadap wanita lain yang lebih menghargai kasih sayang suaminya itu. Hendak mencari lelaki yang pemarah memang ramai di luar sana, tapi hendak mencari lelaki penyayang… mungkin 1 dalam 100. Dengan keadaan lelaki yang semakin sedikit bilangannya di dunia ini… cubalah bayangkan. Jadi jika anda sudah berkahwin dan memiliki suami yang suka mencium anda dan anak-anak anda, syukur alhamdulillah. Jika anda belum berkahwin TETAPI MENYEDARI bakal suami anda itu suka mencium orang yang mereka kasihi, tahniah dan bersyukurlah kepada Tuhan kerana anda bakal dikurniakan suami yang penyayang. Logiknya tanyalah pada diri sendiri… adakah anda ingin suami anda mencium anda ataupun perempuan lain di luar sana????? 

 Untuk para suami pula, jika anda adalah tergolong dalam suami yang rajin mencium isteri, syabas diucapkan. Memang harus anda berbuat begitu kerana rasa sayang pada isteri anda akan bertambah dari hari ke sehari. Bayangkan setiap hari anda mencium isteri anda… sebelum kerja, anda menciumnya… pulang kerja pun anda menciumnya. Malah sewaktu isteri anda memasak di dapur pun, anda rangkul isteri anda dari belakang lalu menciumnya serta berkata… “saya sayang awak… dan terima kasih kerana menyediakan masakan untuk hari ini” Di situlah datangnya bahagia

Kesimpulan: Seeloknya amalkanlah budaya mencium ini ketika baru berkahwin/mendirikan rumahtangga. Kerana jika tidak di amalkan sekarang, agak kekok pula bila dah beranak-pinak nanti. p/s: rugilah bagi mereka yang sudah berkahwin, tetapi rasa malu untuk mencium anak, suami…. juga isterinya sendiri….