Wednesday, December 21, 2016

Yusuf Rif'at & Sunat

Assalamualaikum


10 Disember baru ni abg Yusuf sunat.Aku dan encik suami x de plan langsung nak sunatkan dia. Kebetulan anak sedara aku si Syafiq nak sunat on 10 Disember tu..sejak dia tahu Syafiq nak sunat, hari-hari dia zikir nak sunat.Penyudahnya masa hari kejadian Yusuf melalak mintak sunatkan dia.Haa..ko nak sunat sgt kan??Makanya gigih la aku call Azzahrah..tanya buleh tak kalau nak tambah sorang lagi calon utk bersunat..eh.Sib baik buleh..member terus senyum lebar. Frankly speaking aku mmg tak ready langsung Yusuf nak sunat. Aku takde buat homework apa-apa tentang sunat baik dari segi penjagaan, pemakanan..semua aku tatau.


Lepas solat zohor kitaorg terus gerak ke Azzahrah. Yusuf mmg cool habis. Ceria & bermain macam biasa. Takde nampak gelabah or takut. Mayb sbb ada geng kot.Memula Syafiq yg masuk bilik prosedur dulu.Syafiq keluar tu aku tgk masih mampu senyum walaupun mata bergenang mcm nak nangis.Time ni aku dah rasa lain mcm.Debar gitu mengenangkan cemana la encik suami dengan Yusuf dalam bilik prosedur.Tiba-tiba aku dengar suara org menjerit dlm bilik rawatan.Ahhh sudah..anak aku dah mula menjerit ni.Mundar-mandir aku duk depan pintu bilik rawatan. Macam-macam yg aku dengar. Antaranya sakit ayah..sakit doktor..tanakkk..menjerit mmg banyak laaa...last aku dengar Yusuf menjerit Allahuakhbar 2x..Tak lama tu pintu bukak..Yusuf lap airmata..Gigil lutut aku ni haa..😓😓😓😓


Aku terus setle bill meanwhile encik suami terus bawak Yusuf masuk dlm kereta.Nak tunggu bil & ubat sket punya lambat.Encik suami siap msg bgtau Yusuf dah meraung2 dalam kereta..menggigil tahan sakit. Dapat je ubat aku terus berlari menuju kereta & terus bagi ubat kat Yusuf.Sepanjang dlm kereta dia nangis. Mmg nampak dia trauma. Mcm aku kata tadi..aku x prepare lgsg utk sunat Yusuf. So by the time ko sampai rumah ko tatau nak letak anak ko kat mana..nak sangkut kain kat mana. Sib baik la ada atuk & nenek yg genius. Ko duduk bawah meja je laa ye bang..pastu tutup meja dgn selimut nak cover bird tu haa..kakakaka..Apa pun ni 1st pengalaman aku anak bersunat. Mmg horror weiii..Untuk panduan korg yg nak sunat anak..aku ada tepek beberapa info kat bawah.Kena ready mental & fizikal hokeh!💪💪💪


Takyah sangkut kain bagai..ko kasik je dia duduk bawah meja tu ha..pastu tutup meja pakai selimut.Setle!😜😜😜😜

Apa itu berkhatan dan mengapa ia perlu
Berkhatan adalah proses membuang kulit lebihan yang menutupi kepala zakar. Secara amnya ia membuang anggota tubuh yang menjadi tempat dimana kotoran, virus dan najis terperangkap. Beberapa faedah yang telah dibuktikan termasuk:

Jangkitan saluran kencing (UTI)
10-14 kali lebih kurang kerana virus akan terkumpul dalam lebihan kulit sebelum merebak ke sistem saluran kencing.

Kanser alat kelamin
3-4 kali lebih kurang kerana kebanyakan kanser berlaku dalam kulit lebihan ini.

Penyakit kelamin

Mengurangkan risiko jangkitan tiga jenis STD iaitu HIV, syphilis (2 kali ganda) dan chancroid (10 kali ganda).

Phimosis

Kulit lebihan tidak dapat kembali ke tempat asal apabila prosedur perubatan dilakukan. Ini menyebabkan bengkak di sekeliling zakar dan aliran darah tertahan serta menyebabkan tisu zakar mati jika tiada rawatan.

Balanitis Xerotica Obliterans (BXO)

Keradangan hujung zakar dan mengeras. Ia jarang berlaku dan boleh dirawat dengan antibiotik tetapi sekiranya sentiasa berulang, berkhatan dapat menghindari pengulangannya.
Terdapat beberapa risiko berkhatan yang sering disebut-sebut namun satupun belum dapat dibuktikan kesahihannya.

Prosedur Berkhatan
Prosedur berkhatan agak ringkas dan boleh dilakukan dengan beberapa cara:

Kaedah khatan konvesional atau ‘dorsal slit’
Setelah dibius, bahagian kulit yang menutupi zakar akan digunting dan dibuang sehingga ke belakang kepala zakar.

Kaedah ‘laser’
Kaedah ini sama seperti kaedah konvensional, di mana kulit lebihan ditarik kehadapan dan disepit dengan penyepit atau forceps dan kulit tersebut dipotong menggunakan laser. Cara ini dapat mengurangkan pendarahan.

Kaedah sepitan atau ‘clamp’
Kaedah ini telah digunakan oleh nenek-moyang kita di Malaysia, cuma perlatan untuk menyepit lebih moden dan boleh dipakai buang seperti ‘Plastibell’, Taraclamp, Smartklamp, Sunathrone dan Ismail Clamp. Ia mengurangkan kesakitkan, pendarahan, risiko jangkitan dan lebih cepat.
Berkhatan boleh dilakukan selepas beberapa hari bayi dilahirkan. Masa terbaik adalah hari ke-7 kelahiran dan ia wajib bagi lelaki Islam apabila telah baligh, dalam linkungan usia 15 tahun. Kebanyakan klinik dan hospital menyediakan servis berkhatan terutama bagi kanak-kanak berusia 7-15 tahun. Berbincang dengan doktor jika anda ingin melakukan khatan pada bayi.

Penjagaan selepas berkhatan
Ibubapa lebih memainkan peranan selepas berkhatan dalam memastikan perkara-perkara berikut:

Bersih dan kering
Hujung kepala zakar harus sentiasa kering 48 jam selepas berkhatan. Pastikan ia sentiasa bersih dengan mencuci ketika mandi. Elakkan penggunaan produk yang berbau wangi. Biarkan ia kering secara semulajadi.
Bagi bayi, zakarnya akan kelihatan kekuningan untuk 7-10 hari. Basuh dengan air setiap hari. Tukarkan lampin sekerap mungkin bagi mengelakkan jangkitan kuman daripada air kencing dan najis. Jika zakarnya dibalut dengan kain gauze, tukar balutan baru setiap kali menukar lampin. Letakkan petroleum jelly pada balutan bagi mengelakkan ianya melekat pada zakar. Bagi anak-anak yang menggunakan ring plastik, ianya akan gugur sendiri selepas 5-8 hari.Secara umunya, kulit zakar pada bayi akan pulih dalam 7-10 hari. Bagi kanak-kanak dan lelaki dewasa, pemulihan sepenuhnya mengambil masa 5 – 7 hari.


Pengambilan ubat
Jika terasa sakit, ambillah ubat tahan sakit seperti paracetamol dan ibuprofen. Tanya doktor anda bagaimana ubat tersebut harus diberi kerana ada kanak-kanak yang belum pandai mengambil ubat berbentuk pill. Bagi anak-anak berusia 16 tahun ke bawah, jangan sekali-kali mengambil aspirin. Elakkan ubat atau krim sapuan yang tidak disarankan oleh doktor atau mudim.

Biarkan mereka berehat
Anak-anak perlu direhatkan sejurus selepas berkhatan. Jika boleh, biarlah mereka berbaring dalam 1-2 jam sebelum dibawa pulang. Elakkan menunggang basikal, motor atau menggunakan permainan yang boleh diduduki sehingga bengka surut sepenuhnya.

Berpakaian longgar
Zakar mungkin akan menjadi merah dan sedikit membengkak. Anak-anak mungkin lebih selesa dengan memakai pakaian yang longgar seperti kain pelikat. Mereka boleh mula memakai seluar yang longgar selepas 3-4 hari.

Bertemu doktor
Dapatkan nasihat doktor jika:
• pendarahan berterusan selepas 2-3 jam dikhatan.
• bengkak berterusan selepas 2 minggu
• sakit ketika buang air kecil beberapa hari selepas berkhatan
• bayi tidak kencing dalam masa 6-8 jam selepas berkhatan
• kemerah-merahan pada hujung zakar yang bertambah teruk selepas 3-5 hari

 Sumber: The Asia Parent

Kla..Aku tau aku dah lama x update blog.Bukan takmo update.Tapi hujung tahun aku sibuk siapkan report & kpi yg nak dicapai..Kang aku sambung lagi..till next entry..babaiiii


Wednesday, December 7, 2016

Kelas Intensif Matematik Skor A+

Assalamualaikum

~ Tuisyen persendirian/Private tuition ~

📌100% fokus skor A;
    1 on 1 murid dan guru
📌Berpengalaman dalam pendidikan pintar cerdas matematik
📌Berpengalaman dalam pengajaran pelajar yang  lemah dalam matematik
📌Tenaga pengajar mempunyai latar belakang akademik yang cemerlang, sebagai rujukan:
    UPSR 5A
    PMR 7A
    SPM 8A1
    Matrik (GPA 3.67)
    Degree (Statistik)
    Master (Statistik)

📌100% Fee mampu milik dan murah dari pasaran.
📌Bangi/Kajang/Semenyih/Mantin/Serdang
📌Isnin sehingga ahad
📌8pagi hingga 10 malam
📌minimum perjumpaan 2 kali sebulan, 2 jam setiap perjumpaan.
**tiada limit pertemuan tertakluk kepada pelajar
📌masa kelas flexible
📌Kelas diadakan dirumah pelajar
📌Medium pengajaran : Bahasa Melayu/English

📢Harga yuran📢

📝Darjah 1,2,3 => RM30 - RM40/per hour
📝Darjah 4,5,6 => RM35 - RM45/per hour
📝Tingkatan 1,2,3 => RM45 - RM55/per hour
📝Tingkatan 4,5 => RM50 - RM60/per hour
** bergantung pd jarak

Promosi 2016/2017
→Diskaun 10% kepada ibu bapa yang memerlukan khidmat pengajaran pada anak kedua. Tambahan lg 10% iaitu total 20% diskaun pada jumlah yuran bagi anak ketiga.
→Rebet/Pemulangan yuran 10% pada pelajar yang mempunyai peningkatan dalam peperiksaan sebagai **reward kesungguhan untuk berjaya.
→10% diskaun bagi pelajar yang mengambil kelas melebihi 8jam sebulan **reward atas kesungguhan untuk perbaiki pencapaian.

☎Hubungi sekarang untuk menempah slot hari dan masa anda. Cepat bertindak sebelum slot penuh.
~ InsyaAllah skor A. Ikhtiar, Usaha, Doa, dan Tawakal. Let's have fun with mathematics 🎊 ~

HUBUNGI
Cikgu Syafiq
0196741520
(Sms/whatsapp)

Tuesday, November 22, 2016

Mee Tarik Warisan Asli Bangi

Assalamualaikum


 MEE TARIK WARISAN ASLI
50, 38, Jalan Medan Pusat 2C, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

First time saya masuk kedai ni..sblm ni dah banyak kali ajak encik suami pi sini..tapi dia asik takmo..nak dijadikan cerita..hari tu kakak saya pi..so saya suruh tolong bungkuskan utk saya..by the time mee tu sampai..elok je encik suami pulun kemain laju dengan amir ashrof..penyudahnye..yg tukang suruh bungkus ni dpt laa makan mee beberapa urat termasuk laaa cili nge kentang je haku dapat makan..cisssss..time ni laa kalo nak masuk jarum pun..time sedap encik suami pulun tu saya tanye..bang...sedap ke???cenggini buleh laa kite pi makan sini erk??ewaaahhh..laju je member jawab...sedakkk...boleh boleh...kikkihkih..mission accomplished kooo..


 Malam minggu baru ni...encik suami ajak pi sini...budak2 kemain suke..ye laa..budak2 ni cukup suke makan mee tarik...abg Yusuf siap request nak makan sorg..x mo share ye..ye lahh banggg...ayah yg belanje..bukan ibu...kahhhhh..menu??ko bukak bahagian mee je lahh..sbbnye ko maii nak makan mee..bukan nasik..


404:  wet mee with potato & sliced beef

Penyudahnya...menu di atas menjadi pilihan..shaye bg 5 bintang..mee sgt sedap..freshhh gituuu...ko buleh tgk staf dia duk tarik mee kat satu tempat..menu yg saya pilih ni pedas sket laa...biasalaaa..tekak melayu...asik nak pedasss....dlm mee tu dia campak daging sliced, kentang, capsicum dan bawang...tp mmg sedakk...agak2 kalau korg nak try test mee ni..tu haa..saya dah tepek skali dgn no...kat sini time order korgkena tulis sendiri ape korg nak makan..dia cuma bg pensil sebatang dgn kertas sekeping..pastu dekat satu corner dia ade provide sudu, garfu, tisu, polistrine utk korg bungkus..kot laa x abis..ehh lupe lak nak bgtau...portion mee dorg banyak..mcm menu saya ade ni..makan 2 org sgt laa sesuai...kalo makan sorg x abis..klaa...till next entry...babaii....

Monday, November 21, 2016

Cuti Bersambung Tahun 2017

Assalamualaikum

 

Hari tu rasanya dah tepek coti sekolah untuk tahun depan...hari ni nak tepek cuti bersambung tahun depan punya..cuti2 mcm ni amatlah diperlukan..bukan ape..buleh jimat coti wehhh...time ni laa ko buleh pulun kot laa nak balik kampung ke..kalo kampung jauh mcm kami ni..mmg berbaloi laa kalo dpt ambik coti2 bersambung mcm ni..kla..nak share ni je..babai

Friday, November 18, 2016

Pustakawan

Assalamualikum

Image result for police women cartoon

Dulu-dulu masa zaman skolah rendah..bila org tanya bila besar nak jadi apa..cita-cita aku tak penah tetap...kejap nak jadi cikgu..nak jadi polis pun pernah..x sedo diri tu kurus kering..skali angin tiup ko dah melayang...masuk skolah menengah..aku ni bukanlah dikalangan student yg pandai pun...form 1-3 aku duk kelas aliran arab..masuk form 4..terus terjun duk kelas seni..aku paling x suka math..result math asik cangkul..itu pun dah tahap syukur alhamdulillah..time form 5..sbb ko pun bukan budak cerdik kan..dpt SPM pangkat satu pun agregat 21..so bila org tanya nak jadi apa...jawapan aku time tu..pramugari..kahhhhhhhhh...ambik ko..tapi time tu pakcik makcik aku gigih isikan UPU mintak UiTM bagai sbb nye time tu mama n aboh x de..pi tunaikan haji..


ingatkan x dpt laa nak sambung belajo dengan result gitu rupe...yg dimintak kos art & design..yg dpt..diploma pengurusan maklumat..hari ni register ari ni ko dpt surat tawaran..so aku rembat je baldi dan segala mak nenek yg ade..hangkut pi shah alam..kat sini laa aku mula belajar cemana nak pakai komputer utk cari maklumat...3 tahun ko buat diploma kat UiTM tu..by the time nak sambung peringkat degree..aku decide ambik kos yg sama sbb x mo kena tambah masa belajo lama2..penyudah aku pilih pengurusan pusat sumber maklumat..haa...time ni merasa la ko pecah kepala belajo subject heading dan cataloging bagai..time ni aku x dpt nak imagine lagi..aku ni nanti kije apa..sampai laa aku buat praktikal kat UKM..masa ni aku baru nampak..cemana kije aku nanti..itu pun masih samar2..


abis degree..aku sempat tanam anggur dlm 2 bulan ko..hari2 ko sebbek sbb ko x bekerja..dah le dah bertunang time tu..gatei nak berlaki..kije pun blom..puas aku pikir..akhirnya aku buat keputusan smbung master..aku x pernah terpikir nak belajar sampai tahap master..tapi time tu aku cuma pk..aku nak celup degree aku tu bia bunyi btol2 library science...bermulalah rutin aku sebagai pelajar..mmg sengkek sungguh time ni..dah le x bekerja..belajo..dah kawin pulak tu..encik suami nun jauh di brunei..asal dpt esement je aku melalak..nasib baik encik suami tolong buatkan esement drpd jauh..nak jadi rezeki aku dpt offer post librarian dekat U*M masa aku sem 2..alhamdulillah...bermulalah episod aku sebagai part time student..kerja sambil belajar mmg mencabar..tapi alhamdulillah..umur 27 tahun aku dah ada master..kagum kejap aku kat diri sendiri..


now dah 11 tahun aku berkhidmat as librarian kat sini...kebiasaanya bile org tanye..kije ape?bila sebut pustakawan..org akan kate..ooo susun buku erk?yg tu mmg aku tak terkejut pun...sbb zaman aku dulu...kalo sebut pustakawan..silap2 makcik cleaner dlm tu pun aku ingat pustakawan..lagi satu..masa aku kat UiTM dulu..bagi aku..semua pustakawan garang..baru bukak mulut nak tanye dorg dah jegil bijik mata..kakaka..now aku dah jd pustakawan...aku dah tau feeling tu cemana..aku cuba jugak bantu apa yg student perlukan..cumanya student kena tahu..kami ni pustakawan membantu dan educate mcm mana student nak cari maklumat..bukan ko mai kat situ...cik..saya nak buku ni ni ni..sambil hulur senarai buku berjela kat kami..if aku yg duty time tu..mmg aku akan bgtau..aku tunjuk satu cemana nak cari..the rest..ko cari sendiri..bukan takmo tolong..tp nanti sampai sudah ko tatau nak guna apa yg ada dalam library ni...lagi satu..bila ko jd pustakawan..especially bila ko duty dekat front desk...automatically ko akan jd semua benda..maksud aku..ko laa technician..ko laaa translator..ko la penunjuk arah....ko laaa semua benda lahh..kdg2 dorang ni tak faham..kita dekat front desk tu..x semua benda kite boleh tolong..bukan takmo tolong...tapi kadang2 benda2 tu di luar bidang kuasa kita...maksud aku..ko x de authority utk buat benda2 tu.

Image result for librarian cartoon

bila pk-pk balik..bukan mudah sebenarnya karier pustakawan ni..skill nak cari maklumat kena mantap..lagi satu ko kena peka ye..bukan pekak..kadang2 aku buat pekak jugak sbbnye tak terkejor dengan semua benda..bhahaha..lagi satu..hati kena kering..sbbnye ko akan bergilir2 duduk dekat front desk..so ko akan berdepan dgn mcm2 ragam student termasuk la academician..bab kena marah dgn student..hurm..semua aku dah rasa..dalam hati..sabo je lahhhhhhhh..tambah lagi student luar..ko cakap la mcm mana pun..kalo dia nak..nak le jugak..itu kalo di luar bidang kawalan..kalo dah sampai tumbuk meja mintak nama dan no phone top management..hurmm..bagi je laaaahhh..ada la tu dia nak komplen..bg aku semua kije ade tekanan dan cabaran masing-masing..tinggal cemana cara ko nak handle je...tu je..klaa...tu je kot nak share ari ni..till next entry..babai..

Thursday, November 17, 2016

Kem Anak Soleh 2016

Assalamualaikum

Cuti sekolah around the corner sudahh...korg plan apa utk anak2?ada setengah org..time coti skolah la nak bawak anak jenjalan pun..ada setengah org plak suka hanto anak2 pi kem time coti skolah...kebetulan saya ada ternampak satu kem yg akan diadakan bulan 12 ni..kot laaa korg minat..buleh la register...butirannya adalah seperti di bawah:

 


"PROGRAM CUTI SEKOLAH KEMBALI LAGI!"
.
.
Sudahkah anda merancang aktiviti untuk anak anda di musim cuti sekolah ini?
.
Mahukah sekiranya kami bantu anda untuk berikan pengisian yang bermanfaat dan menarik untuk anak anda?
.
Dengan ini kami bawakan KEM ANAK SOLEH, khas untuk anda! Suatu program istimewa yang julung kali diadakan dan menjadi penantian kpd anak2 setiap kali tiba musim sekolah.
.
"Macam best je ustaz..mcmne nak daftar ni?"
.
Nanti dulu. Saya ceritakan dulu apa y akan difokuskn dlm kem ini. Sebab saya tahu, ramai anak kita:
.
-------------------
ADA MASALAH NI
-------------------
[-] MALAS nak solat. Asyik nak kene suruh je. Tiada motivasi nak solat.
.
[-] TAK HORMAT orang di sekeliling mereka. Kita tak salahkan mereka sbb mereka masih kecil. Tp kita perlu ada kaedah bgaimana nk beri kefahaman kpd anak2 kita.
.
[-] SUSAH nk mengingat hukum2 tajwid y rumit. Smpai skrg baca quran msih x lancar2 lagi.
.
[-] LEMAH dlm bersosial. Masih tak yakin nk brcakap di dpn. X pndai berkawan. Masih malu2.
.
.
Oleh itu, 3 fokus utama y akan didedahkan:

------------------------
APA Y AKN DIPELAJARI
------------------------
[+] SMART TAJWID - anak2 anda akan didedahkn tentang teknik belajar tajwid dgn mudah bermula drpd asas. Anak anda langsung tiada asas bacaan quran? Jgn bimbang, mereka akn diperkenalkn dgn teknik mudah dan efektif belajar quran. Kami juga asingkan mengikut tahap bacaan samada Iqra', Muqaddam & Quran.
.
[+] SMART SOLAT - anak2 anda juga akan didedahkn dgn cara solat y sempurna. Mereka akn belajar cara mudah mengingat rukun Qouli dan Fi'li dgn mudah dan cepat. Solat 5 waktu juga akan dipraktikkan secara langsung sepanjang program.
.
[+] SMART SAHSIAH - Ini juga antara special prgrm ni berbanding program lain kat luar sana. Prgrm ini juga diisi dgn penyucian jiwa supaya anak kita tahu siapa y mereka prlu hormat, apa tnggungjawab mereka trhadap Allah, rasul, ibubapa dan rakan2.
.
.
------------------------
AKTIVITI-AKTIVITI MENARIK
------------------------
[+] Explorace
[+] The Mummy
[+] Eksplorasi Ilusi
[+] Everyone Can Speak
[+] Azimat Ibubapa
[+] Believe System
.
.
"Wah, memang btul2 menarik program ni!"
.
.
Ya betul, sudah semestinya!..cuba kita lihat apa komen peserta kita sblm ni:
.
"Ustaz, lepas ni Aiman x nak tinggal solat lagi. Aiman sayang Allah"
-Aiman, Tahun 4-
.
"Program ni best lah ustaz..sbb dpt main dgn ramai kawan..lain kali ustaz buat lagi ye"
-Aisyah, Tahun 3-
.
.
So apa tunggu lagi, jom daftar segera..
.
"Uish, mmg kne daftar cepat ni. Bile boleh dftar ni ustaz?"
.
Ok3...say bagitau dulu maklumat program:
------------------
MAKLUMAT PROGRAM
------------------
.
SERDANG:
Tarikh: 28-30 Nov 2016
Hari: Isnin-Rabu
Masa: 8.00 pagi-5.00 ptg
Tempat: Hilwan Madani Serdang
.
SEKSYEN 7 BANGI (SIRI-1):
Tarikh: 28-30 Nov 2016
(PENUH)
.
SEKSYEN 7 BANGI (SIRI-2):
Tarikh: 26-28 Dis 2016
Hari: Isnin-Rabu
Masa: 8.00 pagi-5.00 ptg
Tempat: Hilwan Madani Seksyen 7 B.B. Bangi
.
NILAI:
Tarikh: 5-7 Dis 2016
Hari: Isnin-Rabu
Masa: 8.00 pagi-5.00 ptg
Tempat: Hilwan Madani Nilai
.
KAJANG (SIRI-1):
Tarikh: 5-7 Dis 2016
(PENUH)
.
KAJANG (SIRI-2):
Tarikh: 12-14 Dis 2016
Hari: Isnin-Rabu
Masa: 8.00 pagi-5.00 ptg
Tempat: Hilwan Madani Prima Saujana
.
KEPALA BATAS:
Tarikh: 19-21 Dis 2016
Hari: Isnin-Rabu
Masa: 8.00 pagi-5.00 ptg
Tempat: Masjid Adullah Fahim
.
KOTA BHARU
Tarikh: 19-21 Dis 2016
Hari: Isnin-Rabu
Masa: 8.00 pagi-5.00 ptg
Tempat: Masjid Mukim Panchor
.
.
"Brapa yuran ni ustaz?"
.
Harga biasa adalah RM250...tapi saya nak bagi harga special untuk pendaftaran 50 orang terawal...Nak tau berapa? Ni nak bagitau ni....
.
HANYA RM100 SAHAJA..Amacam?
.
"Wah! Murah sgt ni..mcmne cara nak daftar?"
.
.
Anda whatsapp dengan segera:
.
.
CAWANGAN SERDANG
----> Ustaz Amir: 0145106442
.
.
SEKSYEN 7 BANGI
----> Ustaz Harith: 0196346794
.
.
NILAI
----> Ustaz Faris: 0192671492
.
.
KAJANG:
----> Ustaz Ibrahim: 0176451516
.
.
KEPALA BATAS:
----> Ustaz Amir: 0145106442
.
.
KOTA BHARU:
----> Ustaz Amirul: 0148005162
.
.
Kami akn hantarkn mklumat cara pendaftaran.
.
"Ok ustaz, Insyaallah sy akan daftar segera"
.
Ingat ye! Untuk 50 org terawal shj..apa tunggu lagi? DAFTAR SEGERA!

Wednesday, November 16, 2016

Fenomena Supermoon

Assalamualaikum

2 hari lepas org semua sibuk bercakap pasal supermoon..yg sebenornya..saya jarang tgk tv..bukan x mo tgk..tp kdg x sempat...so apa2 yg terkini kadang saya dpt tau dr newsfeed kat FB..sblm ni gerhana bulan pernah lee saya dengo...ini supermoon kot..bapak beso mana agaknye bulan tu nanti..so saya pun google laaa bab2 supermoon nii..ni info yg saya dpt dr WIKIPEDIA

 

Supermoon atau lebih dikenali dengan nama saitifiknya iaitu Lunar Perigee adalah satu fenomena bulan penuh yang kelihatan lebih besar dan terang. Bulan akan dilihat 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah daripada hari biasa. Istilah supermoon pertama kali dikemukankan oleh ahli astronomi, Richard Nolle pada tahun 1979. Fenomena ini hanya berlaku sekali dalam setahun. Hal ini sangat dinantikan oleh para penggemar astronomi. Pada 14 november 2016 fenomena ini dijangkakan akan berlaku.

 

Supermoon di Empangan Cardinia

Fenomena ini mengakibatkan kedudukan bulan menjadi lebih dekat dengan Bumi berbanding biasa. Bulan sebenarnya berputar dalam paksinya yang berbentuk bujur dan bukannya bulat. Ada masanya bulan akan berada dekat dengan Bumi dan kejadian ini akan mencetuskan fenomena supermoon.
Jarak yang dekat dengan Bumi dipanggil perigee dan jarak yang jauh dengan Bumi dipanggil apogee. Apabila bulan berada pada kedudukan perigee, bulan akan berada lebih dekat dengan Bumi dan kesannya bulan akan nampak lebih besar dan lebih bercahaya.Namun, saiz sebenar bulan masih sama cuma apa yang berlaku adalah kesan ilusi yang juga dikenali sebagai ilusi bulan yang akan menyaksikan bulan menjadi besar ketika menghampiri ufuk.

 
 Gambar dr perkarangan rumah nenek saya di TRG

Tidak dinafikan, bulan menjadi punca air pasang surut disebabkan interaksi graviti yang kuat antara bulan dan Bumi. Timbul persoalan yang mengatakan fenomena ini akan mencetuskan bencana yang lebih besar. Persoalan ini mempunyai kesahihannya kerana kesan tarikan graviti yang lebih kuat ekoran jajaran Bumi dan bulan yang dekat. Akibatnya paras air laut akan dijangka meningkat dan air pasang besar akan berlaku. Meskinpun begitu, ini bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan kerana ia tidak akan mencetuskan bencana.



Nak jugak tepek..gambo supermoon encik suami ambik..dekat Bangi

ok..sekian cerita pasal supermoon..till next entry..babaiiii

Tuesday, November 15, 2016

McDonald Delivery

Assalamualaikum

Saya sendiri tatau since when mcD start online order..patut laa hari tu kakak saya sibuk mintak no phone mcD delivery..katanye no tu dah ghaibb..rupenye skrg semua pakai order online..hahaha..nampak beno dah lama x order mcd..weekend baru ni kemalasan memasak melanda..sbb sibuk duk ngemas umah dr pg sampai membawak ke tghari...tu yg malas + x larat nak masak..penyudah...tinggg...jom order mcd.ada 2 cara nak order..sama ada korg terjah web Mcd or korg donlod je apps Mcd..huhuhu









McDonald Delivery apps..korg buleh donlod kat playstore


Make sure korg register yee...dah register masuk alamat bagai..pastu baru buleh pilih apa korg nak makan...mcm saya ari tu...saya order set yg ada mcm2..ala..lupa pulak ape kebenda nama set tu..ada chicken wrap 2, mcchicken 2 pastu nugget 20 ketul dan air sprite 4..lupa pulak..fries pun ada 4..nanti korg buleh request kat situ..kot laa nak extra chili sauce ke..nak plain x de sayur ke..haaa...request laa situ...dah siap order korg check out je..nanti dia akan bg estimate time bila order korg sampai...baya.CASH yooo..ingatkan kot laa buleh baya pakai online banking ke ape..tp nan hado..hihuhi


Chicken wrap...budak2 kata sedak...makpak budak pun kate sedakk jugok


set yg saya order hari tu..ngam2 choii laaa utk famili kami nii..itu pun rasa mcm berlebih...sbb nugget mcm banyok beno je..

so..ape tunggu lagi..kot ari ni malas nak kuar pi cari makanan..buleh laa order online McD..till next entry..babaiiii



Friday, November 11, 2016

Rizq Islamic School

Assalamualaikum

Sekarang ni kat bangi banyak betul skolah private...janji ada pitih...buleh la anto...yg latest..RIZQ ISLAMIC SCHOOL..skali tgk skolah ni...wow...mmg melopong sket laaa...nak jejak pun ghase mcm goyang lutut..kot x mampu...tp yg berkemampuan tu buleh laaa anto..parent skrg ni ramai nak anak2 seimbang dunia dan akhirat...ilmu dunia dpt..akhirat pun dpt..jom tgk skolah nii..

Image result for rizq islamic school

RIZQ ISLAMIC SCHOOL
Wisma RizQ, No. 2, Lot 1456,
Jalan Cempaka Off Jalan Teratai, Kg. Sungai Ramal Dalam
43000 Kajang, Selangor
hello@rizq.edu.my
+603 8912 0447 / +6018 961 1615


Image result for rizq islamic school

Dewan
Image result for rizq islamic school

Classroom 
 Image result for rizq islamic school

Library

Image result for rizq islamic school

Gym
Image result for rizq islamic school

Lab
Image result for rizq islamic school
Student Lounge

Amacam?menarik kan?kiranya skolah ni lain sket laa...slalu kalau org sebut skolah tahfiz..sure dah terbayang pondok bla bla blaaaa...agak2 berkemampuan..x salah kalau nak try anto anak ke sini..alamat and no phone semua saya dah tepek kat atas..okla...till next entry...daaaaa

Sumber gambar: google.com
 

Friday, October 28, 2016

Suri Hati Mr Pilot

Assalamualaikum

Yeaayyyyyy!!!Its Fridayyyy babehhhhh..aku pun tatau pesal laa setiap kali hari jumaat jeee semangat kerja tu lain mcm sket..semangat sungguh..mungkin sbb esok coti 2 hari kan...tu semangat luarbiasa jekk..by the time tiba hari ahad je..ko mcm..ehh..esok dah koje ke?aiiseeeehhhh...

 

lunch td aku x pi mana2..kebetulan time pi dewan pg td dorg kasi meehon..so bagus aku duk opis...makan meehon sambil layan movie..lagipun ari ni rehat lama...buleh laa layan movie..aku dah lama tingin nak tgk cite Suri Hati Mr Pilot..sejak menghala kertu ni...jarang beno dah tgk tivi..kalo si eishah citer..ibu..ibu tau x ejazz bla bla blaa...deyyyy..sape ejazz??lawyer??majistret..ibu ko tatau nakk oii...sbb ibu ko tak tgk tibi...aku penah tgk cite ni baper kali je..itu pun sket2..x pernah tgk dr awal sampai abis....meh baca sket sinopsis cite dia memandangkan aku sendiri pun tatau awal cite cemana..

Neelofa

Pertemuan Ejaz (Mr. Pilot) dan Warda membuka semula lembaran kisah dua tahun lalu. Peristiwa yang menyebabkan Warda dibuang keluarga atas kebodohan sendiri yang terlalu taasub dengan cinta Muslim!

Getar yang hadir buat jiwa Warda dan Ejaz kalut sendiri. Ejaz diasak cemburu dengan kehadiran Daniel dan Razif yang turut menyimpan perasaan istimewa pada Warda. Akhirnya dia nekad untuk mengahwini Warda.

Perkahwinan yang terbina mula menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun tika bahagia berada di puncak, Muslim kembali menuntut cinta. Inara mula menyusun rencana. Ejaz mula diburu curiga. Hubungan yang retak menanti belah akhirnya runtuh saat satu kemalangan menimpa Ejaz dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Warda dan dunia penerbangan.

Masih adakah lagi bahagia buat mereka? Layakkah Warda menjadi suri hati buat Mr. Pilotnya? Atau akan menjadi racun berbisa pada kebahagiaan Ejaz?
 
Bile tgk cerita ni..baru laa aku tau cemana rupa paras Fattah Amin ni...ooo..ini rupenye Fattah Amin..cerita ni tiap2 hari isnin-sampai khamis..pukul 10 mlm yooo...mmg idok lee aku tgk..ntah2 dah terbongkang tido kepenatan..ini pun tertengok sbb ada ulangan weekend..kalo x..mmg x de laa aku tau kewujudan citer ni gamoknye...bila tgk citer ni..aku mcm...adoii...depa ni x de citer lain dah kaa nak buat...lepas bomba pilot pulak..ari tu playboy..ustaz pun udah...bilenye pulak ko nak buat cite pasal pusatakwan..kot nak buat buleh jugak aku kongsi real story cemana kesah pustakawan melayan karenah student plak..eh ko dah kenapa?tadi baru ko komplen bab ni..ni ko pun nak jugak..eh ehh ehh...tadi aku baru sudah tgk episod yg latest...tp mcm buleh agak je next episod..mcm..sblm2 nii jugak le...ko reka2 pasal ko gugur..padahal anak tu ade je..ending mayb ko akan berbaik pun kat epot jugek..sbb dulu pun ko jumpa asik dekat epot kan..ni aku agak je laaaaaaa...nak tau kesudahan cemana..tgk je laa next week..anak dara aku kate next week abis cite nii..so meh laa kite pakat tgk..korg tgk laa dulu ye..aku layan kat kepala bergetar je laa..nak tgk mmg x dan...nak tanak tgk yg ulangan je lahh..kla..sekian pok pek ari ni..till next entry...babaiiii  

p/s: kot ade yg senasib mcm aku...x leh nak layan hari biasa..buleh la tgk ulangan kat sini ye..


Thursday, October 27, 2016

Cuti Umum 2017

Assalamualaikum

Sedar x sedar dah akhir bulan 10 dah wehh...lagi 2 bulan nak masuk tahun baru..tahun depan umur dah makin meningkat..bila pk-pk balik..apa agaknye achievment aku tahun ni..dr segi kerjaya..rumahtangga..diri sendiri..anak2..haihhh..nak kena review balik n pk..tahun depan apa yg tahun ni x capai..sile kasik capai ye...ishhh..x syok cite bab ni..jom cite bab cotii...ehh ko ni..bab coti kemain laju lagi ehhh..

https://4.bp.blogspot.com/-51Q4dtBXBEY/V8Gu9R8jyLI/AAAAAAAAmSM/EPSpg4q1iQY-dcR2JEwd7tcv40O-an-MACLcB/s1600/Kalendar%2B2017%2Bmalaysia%2Bcuti%2Bumum.png 
Gambo ni saya cilok dr pokcik google... 

http://www.vianur.com/wp-content/uploads/2016/07/Cuti-Umum-2017-Persekutuan-Negeri-negeri.jpg

Ini pun cilok dr pokcik google

Tu diaaaa..bersusun coti weiiii...agak2 ada yg plan nak coti2 over the river tahun depan..buleh laa plan dr skrg ye...nak jimat coti...travel laaa time ada coti2 sambung tu....coti je la yg jimatnye..tiket flight ko jgn harap laa jimat..konfem maheii sbb time coti kan..bahahahha...klaa...ari ni nak share kalender coti umum tahun depan je..till next entry..babaiiii

Wednesday, October 26, 2016

Resepi Ayam Goreng Bercili

Assalamualaikum


Ayang Goreng Bercili

Hari ni nak share resepi laa pulok..kemain lagi nama resepi..bhahahaha...ini resepi campak2 + malas..malas sbb apa??tu nampak tuu...2 in 1 punya lauk..hahahaha...malas nak buat lauk sayur...penyudahnye..humbankan je skali sayur2 dalam tu...jadik laaa 2 in 1..jom tgk resepi dulu...

Ayam
Beberapa ulas bawang putih
Beberapa ulas bawang merah
Cili padi
Bawang besar (potong bulat)
Kacang Bendi
Kacang buncis
Garam
Gula

Cara-cara:

Gaulkan ayam bersama dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.
Goreng ayam (toksah goreng garing)
Bawang putih + bawang merah + cili padi= tumbuk lumat
Tumiskan bahan2 kat atas tu.
letakkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan ayam dan sayur yg dah dipotong td dan bawang yg dipootng bulat
Gaul rata dan siap utk dimakan.

Sekian resepi simple utk hari ni..till next entry....babai..

Tuesday, October 25, 2016

Selamat Pengantin Baru Ahmad Aiman Afif & Ashikin

Assalamualaikum

Ahad baru ni anak sedara encik suami kawin..kat mana?kat Sg Buloh ye...saya ni kalo org sebut Sg Buloh ke rawang ke..terus paler ni ghase pening..membayangkan..haihhh..jauhhnyeeeeeeeeee....tapi alhamdulillah..mujur weekeend..and gerak pun awal kan..kata akad nikah kul 9...kul 530 ko dah bangun weiiii..630 setle siapkan 4 org askar..by the time budak2 siap pakai cantik dah..mak budak tiak dah becak balik..ehhh..haa..kiteorg sampai sana dlm kul 830..setengah jam dah terpacak kat Sg Buloh weii..kagum kejapp haku rasa..bahahaha...ishh..malas pulak laa nak type weii..tepek gambo je lahhh


Tadaaaa....selepas akad nikah..Sib baik laaa lepas akad nikah ada makan2 kat semejid..kalo tak mauu ade yg gigil paler lutut ni..ehh..bukan pagi td sbnlm gerak ko dah mencekik uti canai kat kedai mamak ke..ehh..Lepas dah kenyang makan...pi homestay dulu..sib baik laaa kakak encik suami ada sewa homestay dekat2 dengan dewan..haiihh..kalo x..mau tambah belengas muka haku ni bersilat dgn budak2...dlm pukul 1230 gerak dr homestay menuju ke dewan..makan-makan..ambik gambo dengan pengantin..terus challow betteyyyy...masuk je dlm kete budak2 terus pengsan..diikuti dengan mak budak..pengsan jugek..sib baik ayah dia tukang drive..haku rasa kalo org lain yg drive..konfem..ayah dia pun pengsan jugak..ehh

Last but not least..selamat pengantin baru Ahmad Aiman & Ashiqin..semoga jodoh berkekalan hingga ke jannah...ammmmminnnn...till next entry..babaii..


Friday, October 21, 2016

All About My 1st Year Book

Assalamualaikum

Hari ni nak iklan sket...utk sesapa yg baru ada baby tu..sure excited kan...sure suke simpan mcm2 benda berkaitan dgn baby kan...haaa..kat sini i olls nak letgo  2 buku ni haaaaa...new ye..bukan preloved...rasanya kat luar pun x de jual kot...kat dalam ni korg buleh laaa letak gambo baby...masa lahir...bila 1st step dia...1st birthday dia...etc...i ollss nak letgo rm49.90 include postage...kot ada yg berminat buleh laa whatsapp ye...019-2268299..tq..

 Picture from Google
 


 Picture from Google

Thursday, October 20, 2016

Fiko-Fiko By Nicole W.

Assalamualaikum


Dia buat lagiiiii...tahun ni saja aku tatau dah baper banyak duit haku treban kat sini..memula beli niko-niko..pehtu beli piko2...beli pulak basta bag..elok basta bag sampai..bukak plastik pun x..haku teruih juaii...haiihh..penyakit ape ntah ni..penyakit suke membeli kot..ni ari ni kul 11 kang..dorg launching Fiko-Fiko plak...dah lama aku tunggu depa kuarkan balik beg nii...tapinya skali yg dia produce yg mini laa plak..awat x kuar sama mcm hat dulu jahhh..haihhhh...jom tgk kaler ape yg ada kali ni.. 


FIKO-FIKO MINI - AMBER 
 Amber


FIKO-FIKO MINI - BERRY 
Berry


FIKO-FIKO MINI - BLACK 
Black


FIKO-FIKO MINI - CHARCOAL 
Charcoal

 FIKO-FIKO MINI - DUSTY ROSE
 Dusty Rose

FIKO-FIKO MINI - EMERALD
 Emerald

 FIKO-FIKO MINI - HAZELNUT
 Hazelnut

 FIKO-FIKO MINI - MOCHA
 Mocha

 FIKO-FIKO MINI - NAVY
 Navy

 FIKO-FIKO MINI - PAYNE GRAY
 Payne Gray

FIKO-FIKO MINI - ROYAL PURPLE
 Royal Purple

FIKO-FIKO MINI - TYRIAN PURPLE
 Tyrian Purple

ohhhhmaiiigooodddddd.....haku baru pasan...depa bukan kuarkan yg mini saje...yg size dulu pun hado....yg mini rm179..yg size mcm sblm ni rm189..nampaknye haku terpaksa batalkan niat suci murni untuk pose beli bag...harap2 ada laa rejeki nak rembat satu kul 11 kang...till next entry..babaiiii