Wednesday, December 21, 2016

Yusuf Rif'at & Sunat

Assalamualaikum


10 Disember baru ni abg Yusuf sunat.Aku dan encik suami x de plan langsung nak sunatkan dia. Kebetulan anak sedara aku si Syafiq nak sunat on 10 Disember tu..sejak dia tahu Syafiq nak sunat, hari-hari dia zikir nak sunat.Penyudahnya masa hari kejadian Yusuf melalak mintak sunatkan dia.Haa..ko nak sunat sgt kan??Makanya gigih la aku call Azzahrah..tanya buleh tak kalau nak tambah sorang lagi calon utk bersunat..eh.Sib baik buleh..member terus senyum lebar. Frankly speaking aku mmg tak ready langsung Yusuf nak sunat. Aku takde buat homework apa-apa tentang sunat baik dari segi penjagaan, pemakanan..semua aku tatau.


Lepas solat zohor kitaorg terus gerak ke Azzahrah. Yusuf mmg cool habis. Ceria & bermain macam biasa. Takde nampak gelabah or takut. Mayb sbb ada geng kot.Memula Syafiq yg masuk bilik prosedur dulu.Syafiq keluar tu aku tgk masih mampu senyum walaupun mata bergenang mcm nak nangis.Time ni aku dah rasa lain mcm.Debar gitu mengenangkan cemana la encik suami dengan Yusuf dalam bilik prosedur.Tiba-tiba aku dengar suara org menjerit dlm bilik rawatan.Ahhh sudah..anak aku dah mula menjerit ni.Mundar-mandir aku duk depan pintu bilik rawatan. Macam-macam yg aku dengar. Antaranya sakit ayah..sakit doktor..tanakkk..menjerit mmg banyak laaa...last aku dengar Yusuf menjerit Allahuakhbar 2x..Tak lama tu pintu bukak..Yusuf lap airmata..Gigil lutut aku ni haa..😓😓😓😓


Aku terus setle bill meanwhile encik suami terus bawak Yusuf masuk dlm kereta.Nak tunggu bil & ubat sket punya lambat.Encik suami siap msg bgtau Yusuf dah meraung2 dalam kereta..menggigil tahan sakit. Dapat je ubat aku terus berlari menuju kereta & terus bagi ubat kat Yusuf.Sepanjang dlm kereta dia nangis. Mmg nampak dia trauma. Mcm aku kata tadi..aku x prepare lgsg utk sunat Yusuf. So by the time ko sampai rumah ko tatau nak letak anak ko kat mana..nak sangkut kain kat mana. Sib baik la ada atuk & nenek yg genius. Ko duduk bawah meja je laa ye bang..pastu tutup meja dgn selimut nak cover bird tu haa..kakakaka..Apa pun ni 1st pengalaman aku anak bersunat. Mmg horror weiii..Untuk panduan korg yg nak sunat anak..aku ada tepek beberapa info kat bawah.Kena ready mental & fizikal hokeh!💪💪💪


Takyah sangkut kain bagai..ko kasik je dia duduk bawah meja tu ha..pastu tutup meja pakai selimut.Setle!😜😜😜😜

Apa itu berkhatan dan mengapa ia perlu
Berkhatan adalah proses membuang kulit lebihan yang menutupi kepala zakar. Secara amnya ia membuang anggota tubuh yang menjadi tempat dimana kotoran, virus dan najis terperangkap. Beberapa faedah yang telah dibuktikan termasuk:

Jangkitan saluran kencing (UTI)
10-14 kali lebih kurang kerana virus akan terkumpul dalam lebihan kulit sebelum merebak ke sistem saluran kencing.

Kanser alat kelamin
3-4 kali lebih kurang kerana kebanyakan kanser berlaku dalam kulit lebihan ini.

Penyakit kelamin

Mengurangkan risiko jangkitan tiga jenis STD iaitu HIV, syphilis (2 kali ganda) dan chancroid (10 kali ganda).

Phimosis

Kulit lebihan tidak dapat kembali ke tempat asal apabila prosedur perubatan dilakukan. Ini menyebabkan bengkak di sekeliling zakar dan aliran darah tertahan serta menyebabkan tisu zakar mati jika tiada rawatan.

Balanitis Xerotica Obliterans (BXO)

Keradangan hujung zakar dan mengeras. Ia jarang berlaku dan boleh dirawat dengan antibiotik tetapi sekiranya sentiasa berulang, berkhatan dapat menghindari pengulangannya.
Terdapat beberapa risiko berkhatan yang sering disebut-sebut namun satupun belum dapat dibuktikan kesahihannya.

Prosedur Berkhatan
Prosedur berkhatan agak ringkas dan boleh dilakukan dengan beberapa cara:

Kaedah khatan konvesional atau ‘dorsal slit’
Setelah dibius, bahagian kulit yang menutupi zakar akan digunting dan dibuang sehingga ke belakang kepala zakar.

Kaedah ‘laser’
Kaedah ini sama seperti kaedah konvensional, di mana kulit lebihan ditarik kehadapan dan disepit dengan penyepit atau forceps dan kulit tersebut dipotong menggunakan laser. Cara ini dapat mengurangkan pendarahan.

Kaedah sepitan atau ‘clamp’
Kaedah ini telah digunakan oleh nenek-moyang kita di Malaysia, cuma perlatan untuk menyepit lebih moden dan boleh dipakai buang seperti ‘Plastibell’, Taraclamp, Smartklamp, Sunathrone dan Ismail Clamp. Ia mengurangkan kesakitkan, pendarahan, risiko jangkitan dan lebih cepat.
Berkhatan boleh dilakukan selepas beberapa hari bayi dilahirkan. Masa terbaik adalah hari ke-7 kelahiran dan ia wajib bagi lelaki Islam apabila telah baligh, dalam linkungan usia 15 tahun. Kebanyakan klinik dan hospital menyediakan servis berkhatan terutama bagi kanak-kanak berusia 7-15 tahun. Berbincang dengan doktor jika anda ingin melakukan khatan pada bayi.

Penjagaan selepas berkhatan
Ibubapa lebih memainkan peranan selepas berkhatan dalam memastikan perkara-perkara berikut:

Bersih dan kering
Hujung kepala zakar harus sentiasa kering 48 jam selepas berkhatan. Pastikan ia sentiasa bersih dengan mencuci ketika mandi. Elakkan penggunaan produk yang berbau wangi. Biarkan ia kering secara semulajadi.
Bagi bayi, zakarnya akan kelihatan kekuningan untuk 7-10 hari. Basuh dengan air setiap hari. Tukarkan lampin sekerap mungkin bagi mengelakkan jangkitan kuman daripada air kencing dan najis. Jika zakarnya dibalut dengan kain gauze, tukar balutan baru setiap kali menukar lampin. Letakkan petroleum jelly pada balutan bagi mengelakkan ianya melekat pada zakar. Bagi anak-anak yang menggunakan ring plastik, ianya akan gugur sendiri selepas 5-8 hari.Secara umunya, kulit zakar pada bayi akan pulih dalam 7-10 hari. Bagi kanak-kanak dan lelaki dewasa, pemulihan sepenuhnya mengambil masa 5 – 7 hari.


Pengambilan ubat
Jika terasa sakit, ambillah ubat tahan sakit seperti paracetamol dan ibuprofen. Tanya doktor anda bagaimana ubat tersebut harus diberi kerana ada kanak-kanak yang belum pandai mengambil ubat berbentuk pill. Bagi anak-anak berusia 16 tahun ke bawah, jangan sekali-kali mengambil aspirin. Elakkan ubat atau krim sapuan yang tidak disarankan oleh doktor atau mudim.

Biarkan mereka berehat
Anak-anak perlu direhatkan sejurus selepas berkhatan. Jika boleh, biarlah mereka berbaring dalam 1-2 jam sebelum dibawa pulang. Elakkan menunggang basikal, motor atau menggunakan permainan yang boleh diduduki sehingga bengka surut sepenuhnya.

Berpakaian longgar
Zakar mungkin akan menjadi merah dan sedikit membengkak. Anak-anak mungkin lebih selesa dengan memakai pakaian yang longgar seperti kain pelikat. Mereka boleh mula memakai seluar yang longgar selepas 3-4 hari.

Bertemu doktor
Dapatkan nasihat doktor jika:
• pendarahan berterusan selepas 2-3 jam dikhatan.
• bengkak berterusan selepas 2 minggu
• sakit ketika buang air kecil beberapa hari selepas berkhatan
• bayi tidak kencing dalam masa 6-8 jam selepas berkhatan
• kemerah-merahan pada hujung zakar yang bertambah teruk selepas 3-5 hari

 Sumber: The Asia Parent

Kla..Aku tau aku dah lama x update blog.Bukan takmo update.Tapi hujung tahun aku sibuk siapkan report & kpi yg nak dicapai..Kang aku sambung lagi..till next entry..babaiiii


Wednesday, December 7, 2016

Kelas Intensif Matematik Skor A+

Assalamualaikum

~ Tuisyen persendirian/Private tuition ~

📌100% fokus skor A;
    1 on 1 murid dan guru
📌Berpengalaman dalam pendidikan pintar cerdas matematik
📌Berpengalaman dalam pengajaran pelajar yang  lemah dalam matematik
📌Tenaga pengajar mempunyai latar belakang akademik yang cemerlang, sebagai rujukan:
    UPSR 5A
    PMR 7A
    SPM 8A1
    Matrik (GPA 3.67)
    Degree (Statistik)
    Master (Statistik)

📌100% Fee mampu milik dan murah dari pasaran.
📌Bangi/Kajang/Semenyih/Mantin/Serdang
📌Isnin sehingga ahad
📌8pagi hingga 10 malam
📌minimum perjumpaan 2 kali sebulan, 2 jam setiap perjumpaan.
**tiada limit pertemuan tertakluk kepada pelajar
📌masa kelas flexible
📌Kelas diadakan dirumah pelajar
📌Medium pengajaran : Bahasa Melayu/English

📢Harga yuran📢

📝Darjah 1,2,3 => RM30 - RM40/per hour
📝Darjah 4,5,6 => RM35 - RM45/per hour
📝Tingkatan 1,2,3 => RM45 - RM55/per hour
📝Tingkatan 4,5 => RM50 - RM60/per hour
** bergantung pd jarak

Promosi 2016/2017
→Diskaun 10% kepada ibu bapa yang memerlukan khidmat pengajaran pada anak kedua. Tambahan lg 10% iaitu total 20% diskaun pada jumlah yuran bagi anak ketiga.
→Rebet/Pemulangan yuran 10% pada pelajar yang mempunyai peningkatan dalam peperiksaan sebagai **reward kesungguhan untuk berjaya.
→10% diskaun bagi pelajar yang mengambil kelas melebihi 8jam sebulan **reward atas kesungguhan untuk perbaiki pencapaian.

☎Hubungi sekarang untuk menempah slot hari dan masa anda. Cepat bertindak sebelum slot penuh.
~ InsyaAllah skor A. Ikhtiar, Usaha, Doa, dan Tawakal. Let's have fun with mathematics 🎊 ~

HUBUNGI
Cikgu Syafiq
0196741520
(Sms/whatsapp)