Thursday, December 20, 2012

School Holiday 2012:Zoo Negara

Assalamualaikum 

Ini cerita Ahad lepas (16 Dis 2012)..dah lama x bawak kids jenjalan..kepala ni asyik duk pk kan si Ashrof jer sampai terlupa budak 2 org tu ha dah lama x berjalan..so plan gi dekat2 jer..walaupun dah byk kali g zoo..zoo tetap menjadi pilihan hati..(pirrrahhhh..padahal budget ciput nak bwk budak2 jalan jenjauh..kahkahkah)...mcm biasa la..gerak awal..zoo bukak kul 9..belum kul 9 kiteorg dah terpacak kat sana...kali ni gi sana bukan berlima..tp bertujuh...saya bawak sepupu 2 org..Anak2 punya la xcited..nak cerita panjang malas la pulak..so kita biarkan gambar saje yg bercerita.. :)
 













Friday, December 14, 2012

Quick Update: Sofiyya Khadeeja

Assalamualaikum

Ini cerita last week..anak sedara encik suami kejang lagi 11hb Dis ari tu..kebetulan cuti umum sbb besday Sultan Selangor..dpt berita tu pun ptg..time tu adik ipar saya dah dekat spital..hadoiii..rasanya ini la paling lama skali sofiyya tidak diserang kejang..genap 5 bulan..tarikh yg sama la pulak dengan kejang yg sebelum ni..style kejang dia still sama..lama jugak..rasanya 5 hari 4 malam jugak la adik ipar saya terpaksa berkampung di Hospital...alhamdulillah..skrg sofiyya dah bertambah sihat...semoga Tuhan sentiasa pelihara kesihatan Sofiyya Khadeeja dan memberi kesembuhan buat Sofiyya Khadeeja..Aminnnn




Monday, December 3, 2012

A'eishah Naqiyyah & Gigi Rongak

Assalamualaikum 



Dah lama x bercerita tentang anak dara saya yg sorang ni..tahun depan dah nak darjah 1 pun..ari ni nak crita pasal gigi eishah..ini gigi yang ketiga dah cabut..2 batang bawah dan yg latest sebatang kat atas..penuh dengan drama airmata time nak buleh ke cabut gigi tu..haiiiihhh..muke nak nangis..tp masih nak tunjuk kuat..nak tanak ibu terpaksa layan..penyudahnye cabut la jugak..itu pun lama weiii..hadoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...dr dulu sampai skrg..kalo gigi cabut dia mesti ckp nak simpan gigi tu..konon nak tiru mcm dalam citer oggy n the cockroaches tu..simpan gigi bawah bantal..esoknye gigi bertuko jadi duit..haiihh..kalo mender tu betol..lama dah ibu kaya eishah oii...abis sumer gigi ibu kutip..kakakakakakaa..

Resepi Daging Goreng Bercili versi 'Cik Erni'

Assalamualaikum


 Daging Goreng Bercili

Ini antara resepi yg dah lama tersimpan dalam draft..dek kerana sibuk dengan kerja menimbun kat pejabat..saya terpaksa peram resepi ni lama lagi..hari ni baru bleh kuarkan..huhuhu...resepi daging goreng bercili..jom kita tgk apa bahannye dan cemana cara nak buat..

Bahan:

Daging lembu
Cili Merah
Cili Padi
Bawang Putih 
Bawang Merah
Garam
Nisan/Gula

Cara:

1. Memula rebus daging sampai empuk.
2. Goreng daging.
3. Tumiskan cili merah, cili padi, bawang putih dan bawang merah yg dah diblend..
4. Masukkan garam dan nisan secukup rasa..pastu gaulkan daging yg dah digoreng td..Sedap dimakan dengan nasi panas..nyum nyummmm

Sekian resepi utk hari ini..till next entry..

Berat

Assalamualaikum 

Hati rasa sarat..
Kepala rasa berat...
perasaan bercampur baur..
Nak nangis sangat..sangat sangat..
:(

Wednesday, November 28, 2012

Jom Membeli Sambil Menderma

Assalamualaikum



 JOM MEMBELI SAMBIL MENDERMA

Apakah sumbangan anda kpd saudara kita di Gaza yang didalam kesengsaraan yang amat dahsyat..jom membeli sambil berinfaq..limited stock 100 pcs only..rm35..rm 5 akn di sumbangkan ke tabung Aqsa Syarif..tq.

Untuk order..sila sms:
019-2029251


Tuesday, November 27, 2012

Amir Ashrof & 3rd Appoitment Hospital Serdang

Assalamualaikum 


Gambar di atas saya ambil sehari sebelum bawa baby ashrof ke hospital serdang...mcm biasala la...seminggu sebelum temujanji hospital mmg saya akan jadi tak keruan..ptg tu..pulang dari pejabat saya main dengan baby kat luar..saje nak cukupkan tempoh 2 jam buat eye patching mata baby...sambil-sambil tu makan aiskrim...nak bg sejuk sket kat dalam..maklum ler..jiwa tgh bergelora..Apoitment Ashrof 21 Nov 2012...kena tulis semua tarikh..sbb kenangan..mcm biasa..kami turun awal mcm org nak g keje..alhamdulilah proses pendaftaran sangat la mudah dan cepat walaupun masa melangkah tu saya tgk..makkk aii..ramainye org..mungkin bawak baby..so no pun cepat je naik..syukur alhamdulillah Ya Allah..saya tak tunggu suami..sbb dah tentu dia lambat sbb duk mencari parking..so terus naik tingkat atas ke klinik Oftalmologi...ehh..betul ke..betul la tu gamaknye ejaannya cenggitu..register n terus duduk..sementara tunggu turn..buat eye patching mata bebi..hikhikhik..alhamdulillah baby x meragam..awal2 saya dah sogok dengan biskut..duk diam je dia kenyut biskut..saya jangkakan kali ni kami siap awal..sbb cuma nak jumpa doc je pun..skali amik ko..nurse mai ngan terkedek2 suh baby buat relection lagik..ohhh emmm geeeeeeee....malasnye nak menunggu anak mata bebi kembang...hadoiiii...nak menunggu buat relection sempat la si ashrof tido..tgh syok tido la turn kiteorg..so nak tanak saya paksa ashrof bangun..pegawai optometry check power ashrof sbb mmg dorg menjangkakan power ashrof akan turun lagi..dah cek power sumer...tunggu turn jumpa pakar pulak..kali ni jumpa pakar lain pulak..pakar explain itu ini selepas tgh result dr K.C Chu..saya mmg dah blur...sokmo tatau nak tanye ape bile berdepan dgn doc..encik suami tanye doc apa fungsi spek bebi ni..skali doc ckp..spek die ni ade power..dia ade rabun..rabun dekat kawan kawanku.....sooobbbssss...terkedu kejap...doc siap suruh kiteorg pakaikan spek bebi sbb dia nak tgk..doc kate..ashrof ni termasuk dlm golongan pakai spek jer mata dier terus nampak ok..x per la sayangku..janji kamu dpt melihat normal seperti org lain pun dah cukup baik..cuma doc kater spek tu mcm x sesuai dgn bebi sbb dia dah pandai bukak..tang tali tu yg x sesuai..so die refer suh jumpe pegawai optometry balik..masuk la balik bilik pegawai tu...konon nak tukar spek la..sesuai utk baby..skali die tgk die kater spek ni size sumer dah sesuai..n plastik lak tu..mmg sesuai sgt dahhh..pastu encik suami tanya lagi...bebi ni rabun belah mana erk?power brape..skali dier cek..bulan 9 dulu power 300..ari ni power dah turun 200..dan dorg menjangkakan power tu akan turun lagi..turun di sini maksudnyer turun ke normal yer kawan-kawanku..bila power mata tu dah statik baru la bleh buat spek gamaknyer..dan anak saya rabun dua belah mata..rabun dekat..alahai sayangkuuuuuuuu...sooobbbbssssss...itu saje nak cerita...next apoitment bulan 5 tahun depan..skrg doc suruh continue buat eye patching n pakai spek..plissss...doakan utk anak saya semoga semuanya kembali pulih seperti sediakala..tq...

Saturday, November 24, 2012

Durian Crepe

Assalamualaikum 
 
Durian crepe

Org lain dah lama sibuk buat mende alah ni..saya baru terhegeh2 nak eksperimen buat mender ni..alhamdulillah menjadi walaupun rupe sedikit hodoh..tgh mencari lagi tutorial cemana cara yg betul nak lipat crepe ni..kat bawah ni saya tepekkan skali resepi utk rujukan saya sendiri di kemudian hari..resepi dr tenet je pun..miahahaha

Crepe:
250 gm tepung gandum
3 biji telur
400 ml santan (santan kotak)
100 ml air
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pewarna

Cara:

- Campur semua bahan & blend. Kemudian tapis.
- Panaskan pan dengan api kecil dan ratakan sedikit minyak.
- Tuangkan 1 senduk adunan & ratakan.
- Tak perlu terbalikkan & biar permukaan atas kering.

Durian Filling:

- 1 cawan Non Dairy Whipping Cream (pukul hingga kental)
- Isi durian secukupnya.

Cara:

- Bentang crepe.
- Letak whipping cream di tengah-tengah.
- Letak isi durian.
- Tutup semula dengan whipping cream.
-Lipat crepe & simpan dalam peti sejuk.

Sumber: penbiru

Friday, November 23, 2012

Ayat Syifa Al-Hidayah Part 1

Assalamualaikum

AYAT BACAAN SIANG
SUROH YUUSUF  AYAT 94-100




94. dan semasa Kafilah (Mereka meninggalkan Mesir menunju ke tempat bapa mereka di Palestin), berkatalah bapa mereka (kepada kaum kerabatnya Yang ada di sisinya): "Sesungguhnya Aku ada terbau akan bau Yusuf. jika kamu tidak menyangka Aku sudah nyanyuk (tentulah kamu akan percaya)".

95. mereka berkata: "Demi Allah! Sesungguhnya ayah masih berada Dalam keadaan tidak siumanmu Yang lama".

96. maka sebaik-baik sahaja datang pembawa khabar berita Yang mengembirakan itu, Dia pun meletakkan baju Yusuf pada muka Nabi Yaakub, lalu menjadilah ia celik kembali seperti sediakala. Nabi Yaakub berkata: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, Sesungguhnya Aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya?"

97. mereka berkata: "Wahai ayah kami! mintalah ampun bagi Kami akan dosa-dosa kami; Sesungguhnya Kami adalah orang-orang Yang bersalah".

98. Nabi Yaakub berkata: "Aku akan meminta ampun bagi kamu dari Tuhanku; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".

99. maka ketika mereka (Nabi Yaakub dan keluarganya) masuk (ke Mesir) menemui Yusuf, Yusuf segera menyambut serta memeluk kedua ibu bapanya, sambil berkata: "Masuklah kamu ke negeri Mesir, insya Allah kamu berada di Dalam aman.

100. dan ia dudukkan kedua ibu bapanya (bersama-samanya) di atas kerusi kebesaran. dan setelah itu mereka semuanya tunduk memberi hormat kepada Yusuf. dan (pada saat itu) berkatalah Yusuf: "Wahai ayahku! Inilah Dia tafsiran mimpiku dahulu. Sesungguhnya Allah telah menjadikan mimpiku itu benar. dan Sesungguhnya ia telah melimpahkan kebaikan kepadaKu ketika ia mengeluarkan daku dari penjara; dan ia membawa kamu ke mari dari dosa sesudah Syaitan (dengan hasutannya) merosakkan perhubungan antaraku Dengan saudara-saudaraku. Sesungguhnya Tuhanku lemah-lembut tadbirNya bagi apa Yang dikehendakiNya; Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.


AYAT BACAAN MALAM
SUROH AR-RO'D AYAT 30-43
   




30. Demikianlah, Kami utuskan Engkau (Wahai Muhammad) kepada satu umat Yang telah lalu sebelumnya beberapa umat Yang lain, supaya Engkau membacakan kepada mereka Al-Quran Yang Kami wahyukan kepadaMu, sedang mereka kufur kepada (Allah) Ar-Rahman katakanlah: "Dia lah Tuhanku, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia. kepadaNyalah Aku berserah diri, dan kepadaNyalah tempat kembaliku (dan kamu semuanya)".

31. dan kalaulah ada mana-mana Kitab suci Yang Dengan sebabnya gunung-ganang terbongkar bergerak dari tempatnya, atau Dengan sebabnya bumi dipecah-belah mengeluarkan isi kandungannya, atau Dengan sebabnya orang-orang Yang telah mati dapat menjawab kata-kata Yang dihadapkan kepadaNya, maka Al-Quran ialah Kitab suci Yang mengandungi mukjizat. (tetapi lahirnya sesuatu mukjizat itu adalah menurut kehendak Allah), bahkan Segala urusan tertentu bagi Allah. maka tidakkah orang-orang Yang beriman mengetahui Bahawa kalaulah Allah menghendaki tentulah ia memberi petunjuk kepada umat manusia seluruhnya, (lalu menjadikan mereka semuanya beriman). dan orang-orang Yang kafir itu (dengan sebab kekufuran mereka) sentiasa ditimpa bala bencana (ke atas diri atau harta benda mereka); atau pun bala bencana itu turun menimpa tempat-tempat Yang berhampiran Dengan tempat tinggal mereka (lalu menjadikan mereka gempar kecemasan), sehinggalah datang janji Allah (hari kiamat dan azabnya); Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

32. dan Sesungguhnya telahpun diejek-ejekkan Rasul-rasul Yang diutus sebelummu (Wahai Muhammad), lalu Aku biarkan orang-orang Yang tidak percayakan Rasul-rasul itu ke suatu masa Yang tertentu, kemudian Aku menimpakan mereka Dengan azab; maka tidaklah terperi seksaNya azabKu itu.
33. setelah diketahui demikian maka tidaklah patut disamakan Allah Tuhan Yang berkuasa mengawas, tiap-tiap diri dan mengetahui akan apa Yang telah diusahakan oleh diri-diri itu, (dengan makhluk Yang tidak bersifat demikian). Dalam pada itu, mereka Yang kafir telah menjadikan beberapa makhluk sebagai sekutu bagi Allah. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Namakanlah kamu akan mereka (yang kamu sembah itu). atau Adakah kamu hendak memberi tahu kepada Allah akan apa Yang tidak diketahuiNya di bumi? atau Adakah kamu menamakannya Dengan kata-kata Yang lahir (sedang pada hakikatnya tidak demikian)?" bahkan sebenarnya telah diperhiaskan oleh Iblis bagi orang-orang Yang kafir itu akan kekufuran dan tipu daya mereka (terhadap Islam), dan mereka pula disekat oleh hawa nafsu mereka daripada menurut jalan Yang benar. dan (ingatlah) sesiapa Yang disesatkan oleh Allah (dengan pilihannya Yang salah) maka tidak ada sesiapapun Yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadaNya.

34. mereka beroleh azab Dalam kehidupan dunia, dan Sesungguhnya azab hari akhirat lebih menyeksakan lagi; dan tiadalah bagi mereka, sesiapapun Yang dapat melindungi mereka dari azab Allah itu.

35. sifat syurga Yang dijanjikan kepada orang-orang Yang bertaqwa itu ialah air sungai-sungainya sentiasa mengalir di sekitar tamannya; makanannya kekal tidak putus-putus dan naungannya sentiasa teduh. itulah kesudahan usaha orang-orang Yang bertaqwa, sedang kesudahan usaha orang-orang Yang kafir pula ialah neraka.

36. dan orang-orang Yang Kami berikan kitab, mereka bersukacita Dengan apa Yang Kami turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan di antara beberapa kumpulan dari orang-orang itu ada Yang mengingkari sebahagiannya. katakanlah: "Sesungguhnya Aku hanya diperintahkan supaya menyembah Allah, dan supaya Aku tidak mempersekutukanNya Dengan sesuatu Yang lain: kepadaNyalah Aku menyeru (manusia semuanya untuk menyembahNya), dan kepadaNyalah tempat kembaliku (dan kamu semuanya untuk menerima balasan)".

37. dan Demikianlah Kami menurunkan Al-Quran sebagai hukum Dalam bahasa Arab. dan Demi sesungguhnya, jika Engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya kepadamu wahyu pengetahuan (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau peroleh dari Allah sesuatupun Yang dapat mengawal dan memberi perlindungan kepadamu (dari perkara-perkara Yang tidak diingini).
38. dan Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul sebelummu, dan Kami jadikan untuk mereka isteri-isteri dan zuriat keturunan. dan tiadalah sebarang Kuasa bagi seseorang Rasul untuk mendatangkan sesuatu mukjizat melainkan Dengan izin Allah. tiap-tiap satu tempoh dan waktu ada baginya perkara dan hukum Yang telah ditentukan oleh "Suratan Azali".

39. Allah menghapuskan apa jua Yang dikehendakiNya dan ia juga menetapkan apa jua Yang dikehendakiNya. dan (ingatlah) pada sisiNya ada "Ibu Segala suratan".

40. sama ada Kami perlihatkan kepadamu (Wahai Muhammad) sebahagian dari azab Yang Kami janjikan untuk mereka (yang ingkar) atau Kami wafatkanmu sebelum melihatnya maka tidaklah menjadi hal kerana tanggunganmu hanyalah menyampaikan hukum-hukum Yang Kami turunkan kepadamu; dan urusan Kami menghitung dan membalas amal mereka.

41. mengapa mereka Yang kafir itu masih berdegil dan tidak mahu memerhatikan Bahawa kekuasaan Kami sentiasa menakluk bumi (yang mereka diami) Dengan menjadikan Dia kurang sedikit Demi sedikit dari kebaikannya dan kemuliaannya? dan (ingatlah) Allah menghukum menurut apa Yang dikehendakiNya; tiada sesiapapun Yang dapat menghalang hukumNya, dan Dia lah juga Yang amat cepat hitungan hisabNya.

42. dan Sesungguhnya orang-orang kafir Yang sebelum mereka telah melancarkan rancangan jahat (terhadap Nabi-nabi mereka): oleh itu, (janganlah Engkau bimbang kerana) bagi Allah jualah Kuasa menggagalkan Segala jenis rancangan jahat. ia mengetahui apa Yang diusahakan oleh tiap-tiap diri; dan orang-orang Yang kafir akan mengetahui bagi siapakah balasan (yang baik dan Yang buruk) pada hari akhirat kelak.

43. dan orang-orang Yang kafir itu berkata: "Engkau bukanlah seorang Rasul dari Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku Dengan kamu, dan juga disaksikan oleh orang-orang Yang ada ilmu pengetahuan mengenai Kitab Allah".






Ayat Syifa Al-Hidayah Part 2

Assalamualaikum


SUROH ANBIYA 82-90
BACAAN MALAM



82. dan (Kami mudahkan) sebahagian dari syaitan-syaitan untuk menyelam bagiNya, serta melakukan kerja-kerja Yang lain dari itu; dan adalah Kami mengawal mereka (daripada melanggar perintahNya).

83. dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya Dengan berkata: "Sesungguhnya Aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja Yang lebih Mengasihani daripada Segala (yang lain) Yang Mengasihani".

84. maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit Yang menimpanya, serta Kami kurniakan kepadanya: keluarganya, Dengan seganda lagi ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang Yang taat kepada Kami (supaya bersabar dan mendapat balasan baik).

85. dan (Demikianlah pula) Nabi-nabi Ismail dan Idris serta Zul-Kifli; semuanya adalah dari orang-orang Yang sabar.

86. dan Kami masukkan mereka Dalam (kumpulan Yang dilimpahi) rahmat kami: Sesungguhnya mereka adalah dari orang-orang Yang soleh.

87. dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) Dalam keadaan marah, Yang menyebabkan ia menyangka Bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa Yang berlaku) maka ia pun menyeru Dalam keadaan Yang gelap-gelita Dengan berkata: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (Ya Allah)! Maha suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Yang menganiaya diri sendiri".

88. maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan Dia dari kesusahan Yang menyelubunginya; dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang Yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami).

89. dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya Dengan berkata: "Wahai Tuhanku! janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik Yang mewarisi".

90. maka Kami perkenankan doanya, dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya Yang mandul, (untuk melahirkan anak) baginya. (Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah kerana) Sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba Dalam mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada Kami Dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada kami.

 SUROH AN NAML  56-70
BACAAN SIANG
  



56. maka kaumnya tidak menjawab selain dari berkata: usirlah Lut dan pengikut-pengikutnya dari bandar kamu ini; Sesungguhnya mereka adalah orang-orang Yang mendakwakan dirinya bersih suci ".

57. lalu Kami selamatkan Nabi Lut dan keluarganya serta pengikut-pengikutnya, kecuali isterinya, Kami takdirkan Dia menjadi dari golongan Yang tertinggal Dalam azab.

58. dan Kami hujani mereka Dengan hujan Yang membinasakan, maka amatlah buruknya hujan azab Yang menimpa orang-orang Yang telah diberi amaran.

59. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Segala puji tertentu bagi Allah dan Selamat sejahtera kepada hamba-hambaNya (Nabi-nabi) Yang dipilihNya. manakah Yang lebih baik? - Allah (yang demikian kekuasaanNya) atau benda-benda Yang mereka jadikan sekutu-sekutu bagiNya?

60. bahkan siapakah Yang telah mencipta langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit untuk kamu? lalu Kami tumbuhkan Dengan air hujan itu tanaman kebun-kebun (yang menghijau subur) Dengan indahnya, Yang kamu tidak dapat dan tidak berkuasa menumbuhkan pohon-pohonnya. Adakah sebarang Tuhan Yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan mereka (yang musyrik itu) adalah kaum Yang menyeleweng dari kebenaran (tauhid).

61. atau siapakah Yang telah menjadikan bumi tempat penetapan dan telah menjadikan sungai-sungai di antara bahagian-bahagiannya dan telah menjadikan untuknya gunung-ganang Yang menetapnya; dan juga telah menjadikan di antara dua laut (yang masin dan Yang tawar) sekatan (semula jadi) Yang memisahnya? Adakah sebarang Tuhan Yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik itu) tidak mengetahui.

62. atau siapakah Yang memperkenankan doa orang Yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan Yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat Yang telah lalu) mendiami dan Menguasai bumi? Adakah sebarang Tuhan Yang lain bersama-sama Allah? amat sedikit di antara kamu Yang mengingati (Nikmat Allah itu).

63. atau siapakah Yang menunjukkan jalan kepada kamu Dalam gelap-gelita darat dan laut, dan Yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita Yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatNya? Adakah sebarang Tuhan Yang lain bersama-sama Allah? Maha Tinggilah keadaan Allah dari apa Yang mereka sekutukan dengannya.

64. atau siapakah Yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Dia mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya). dan siapakah Yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Adakah sebarang Tuhan Yang lain bersama-sama Allah? Katakanlah (Wahai Muhammad): "Bawalah kemari keterangan-keterangan kamu, jika betul kamu orang-orang Yang benar ".

65. Katakanlah lagi: tiada sesiapapun di langit dan di bumi Yang mengetahui perkara Yang ghaib melainkan Allah!" dan tiadalah mereka menyedari Bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (Sesudah mati).

66. bahkan mereka (yang kafir) telah berkali-kali mengetahui tentang hari akhirat (tetapi mereka tidak meyakininya), bahkan mereka berada Dalam syak mengenainya; bahkan matahati mereka buta langsung daripada memikirkannya.

67. dan orang-orang Yang kafir berkata: "Adakah sesudah Kami menjadi tanah, dan juga datuk nenek kami, Adakah Kami semua akan dikeluarkan dari kubur (hidup semula)?

68. "Demi sesungguhnya, Kami telah dijanjikan Dengan perkara ini, Kami dan juga datuk nenek Kami dahulu; ini hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala".

69. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah Bagaimana buruknya kesudahan orang-orang Yang berdosa itu".

70. dan janganlah Engkau berdukacita terhadap (keingkaran) mereka (yang kafir itu,) dan janganlah Engkau resah-gelisah disebabkan tipu daya Yang mereka lakukan.



Friday, November 16, 2012

Amir Ashrof & Syifa Al-Hidayah Part 2

Assalamualaikum



Setelah 3 hari bercuti..blog pun coti jugak..sunyinye opis hari ni..maklum ler..ramai yg ambik coti direct seminggu..tuan tanah coti pun dah paras..sbb tu ler tak coti..saya cuma coti hari rabu (14 Nov 2012)..itu pun sbb ada appointment dengan syifa' al-hidayah..mcm biasa..gerak kul 715 mcm org nak pi keje..tapi hari ni alhamdulillah..Allah permudahkan segala urusan..perjalanan sangat lancar tanpa jam dan kami tiba di sana tepat pukul 8 pagi..tempat tu pun x bukak lagi..so alas perut dulu dgn roti telur sekeping..Alhamdulillah..skali lagi Tuhan permudahkan urusan..dapat no 3..and kaunter no 1..setahu saya kaunter 1 ni Hj Lokman..slalunya nak dpt jumpa dgn dia mmg susah..sbb dia banyak rawat org sakit kronik..walaupun no 3..tapi lama jugak nak tunggu..no 1 x gerak2..hampir sejam..turn no kiteorg naik dlm kul 11 gitu..ingatkan x dapat la jumpa hj lokman..sbbnye ada jugak dgr2 dekat kaunter td..katanya hj lokman masuk ptg hari ni..tapi..mmg rezeki baby..masuk2 tuu tgk2 haji lokman...terus senyum dalam hati..lepas citer itu ini..die scan baby..lepas tu pegang mata kiri baby..scan lagi..lepas tu dia ckp..ada kena ngena ngan saraf jugak..saraf mata kiri ashrof x sekuat mata kanan..so dia bg ayat2 yg ada kena ngena ngan saraf..Alhamdulillah..selesai sudah satu appoitment..next week rabu ibu coti lg..appoitment spital serdang plak..will update later..babaii


Thursday, November 8, 2012

Panduan Memohon Pembantu Rumah Asing (PRA)

Assalamualaikum

Lately ni saya pening memikirkan hal bibik..kalo x dek kerana keadaan yg memaksa..tak hingin saya ambik bibik..hadoiii..demi anak ibu Ashrof..ibu sanggup korbankan semua..janji anak ibu selesa..encik suami msg ckp ada calon yg nak keje..tapinya nak menguruskan pulak kiteorg tatau..helppp meee...ini antara panduan yg dpt dr internet..kalau ada kawan2 yg tau..pliss share with me..tq..

Panduan Memohon Pembantu Rumah Asing (PRA)


Samada dengan agensi atau 'permohonan individu' (sendiri). Orang yg memilih cara individu biasanya sebab lebih murah, atau mahu dapatkan bibik dari tempat2 tertentu di Indonesia.

Cara 'permohonan individu' ialah kita kena contact salah seorang 'ibu' iaitu orang yg akan menguruskan urusan passport bibik di indonesia. Ibu ini biasanya berulang alik Malaysia-indonesia. Ibu-ibu ni ada banyak dan biasanya dikenali berdasarkan recommendation dari friends yg pernah berurusan with them. mana-mana ofis lama biasanya ada contact dgn salah sorang ibu ni. ask your officemates (yg senior2)

Tanpa bantuan 'ibu' ni adalah mustahil untuk kita sendiri ke Indonesia utk uruskan passport tu. Ibu akan datang berjumpa anda dengan a few pictures of bakal-bakal bibik yg anda kena pilih. Baca betul2 maklumat each bibik, think & then select one.

Ibu biasanya charge around RM3000 (depends.. ada yg lg murah, ada yg lagi mahal) . Apabila bibik bekerja nanti, 3 bulan pertama tak perlu bayar gaji. Gaji mula dibayar utk bulan ke 4.

Permohonan (Individu) untuk Pembantu Rumah Asing (PRA)

=====================================

1) Pergi ke Pejabat Imigresen di Pusat Bandar Damansara/ Putrajaya

Dapatkan satu set borang-borang (RM2) utk Pembantu Rumah Asing - tanya di kaunter bawah dekat escalator. Anda akan diberikan satu set borang2.

- Borang PRA1

- borang Permohonan Pas lawatan

- Borang Permohonan untuk visa

- borang Personal Bond (perlu dimatikan dgn stem RM10)

- borang Kontrak kerja (Contract of Employment) - Kontrak adalah 2 tahun. fotostat 4 copies dulu sebelum penuhkan. then matikan each one dgn stem (4 x RM10).

- borang Perakuan daripada majikan yg tidak menggunakan agensi berdaftar (permohonan individu)

- borang Perakuan pengambilan pembantu rumah asing beragama islam (For those yg bukan islam tapi ambil bibik islam)

Disediakan oleh anda

=============

- salinan IC husband & wife

- salinan sijil kahwin anda

- salinan surat beranak anak2 anda

- pengesahan/bukti pendapatan suami isteri (income household mesti lebih RM3000 sebulan)


disediakan oleh 'ibu'

==============

- salinan passport pembantu rumah asing / bibik

- laporan perubatan pembantu rumah asing / bibik


2) Penuhkan kesemua borang. Di aras 3 imigresen (tempat u kena submit borang2 tu nanti) ada cara2 isikan borang ditampal pada dinding.

Bila dah complete, submit. You will get surat 'akuan penerimaan' & a phone number to check samada yr application diluluskan atau tak.

3) After a few days - call them and ask. kalau lulus, pergi ke imigresen semula dan dapatkan apa yg dipanggil 'calling card'. Calling card adalah sebenarnya kelulusan/pengesahan permohonan pas lawatan kerja sementara (diberi 2 salinan, satu utk kita simpan satu lagi utk bibik). Bayar RM430 dan dapatkan resit.

4) Pos kan (pos berdaftar) 1 copy of 'calling card' dan original receipt RM430 yg dibayar - pos ke ibu semasa dia ada di indonesia. Ibu akan pass pd bibik.

5) Pada hari bibik datang ke malaysia, anda kena datang ambil. Depending on yr bibik / ibu location in Indonesia, ada yg naik air asia (you kena ke LCCT) atau ke Jeti Pulau Ketam di port klang. (nama je pulau ketam - jeti tu dekat port kelang sebenarnya, bukan di pulau)

6) Selepas bibik selamat sampai di Malaysia anda kena buat FOMEMA (medical check-up for bibik). Pergi ke FOMEMA (juga di Pusat bandar damansara, tak jauh dari Ofis imigresen tu) buat appointment dengan mana-mana klinik yg berdaftar. Anda kena bayar RM190 - dibuat dalam bentuk wang pos (boleh dibuat di Arab-malaysian bank dibawah ofis Fomema tu). Lepas selesai, anda akan dapat nama Klinik for medical checkup & klinik for X-ray. (boleh jadi 1 klinik, boleh jadi 2 klinik yg berlainan).

Date for appointment ke klinik adalah open (must be done within 1 mth max.). Tapi sebaik2nya buat minggu ke dua. Ini supaya bibik dapat menyesuaikan diri dgn environment malaysia & tak keletihan. Once done, the result will be available usually within 10 days. Boleh check di laman web fomema.

7) Once medical checkup completed, pergi ke Imigresen semula utk dapatkan 'pelekat' Visa yg akan ditampal pada passport bibik.

8) Then kena buat i-Kad utk Bibik - di aras yg sama - Aras 3 imigresen. Bibik mesti hadir. Usually i-Kad siap within 1-2 months

- kena buat gambar bibik. Disitu ada banyak kedai gambar.

For the second year

============

9) After 10 mth bibik bekerja with u (at least 2 mth sebelum visa tamat), you need to go to FOMEMA semula for medical checkup for her second year (another RM190). Only the fourth year onwards tak perlu renew FOMEMA dah.

10) After FOMEMA completed, need to pay Imegresen/Visa about RM 445 for the second year

If bibik nak balik bercuti ke indonesia after 2 year contract tamat dan nak sambung kerja dgn anda

=================================

11) Again repeat Fomema (RM190) two mths before visa tamat

12) renew visa for the third year (RM445)

13) Pergi ke Kedutaan Besar Indonesia (di Jln Tun Razak berhampiran RHB, berhampiran simpang ke bukit bintang)

- Buat surat mengatakan Bibik bekerja dgn anda dan ingin balik bercuti dan nyatakan tarikh tamat visa.

- Buat pertukaran alamat di passport bibik. Pertukaran alamat dari alamat lama di Indonesia kepada alamat majikan baru (anda). Siap dalamasa 2-3 jam. Bibik perlu hadir sekali.

- perlukan salinan IC anda.

Boleh refer sini jugak: Blog Moon

Refer Letter boleh refer sini : jp visa sample letter


Tuesday, November 6, 2012

Samsung Galaxy SIII

Assalamualaikum



Samsung Galaxy SIII
AP Original Set
16 Gb memory card
RM1300
Limited Stock
Call/Sms: 0192029251/0192268299



 

Thursday, November 1, 2012

Pendaftaran Kelas Mengaji Al-Quran

Assalamualaikum

Buat anda yg masih mencari kelas pengajian Al-Quran untuk anda atau anak anda..pendaftaran untuk sesi 2013 kini dibuka..apa tunggu lagi??sila layari web 


Kelas di adakan di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi..

TEMPAT TERHAD

Wednesday, October 31, 2012

A'eishah & SKBBB

Assalamualaikum


Info SKBBB

Ujian dan Pendaftaran Tahun 1/2013

Tarikh: 05.11.2012 (Isnin)
Masa: 1.30tgh -  2.30 ptg
Tempat: Kantin SK Bandar Baru Bangi

* Pastikan anak tuan/puan membawa alat tulis dan memakai pakaian biasa bersopan.

* Sebarang pertanyaan hubungi sekolah. 0389250033

TK.

Tghari semalam encik suami forward msg di atas kat saya..akhirnya..setelah banyak kali duk ulang tayang ayat yg sama kat saya dan asyik berteka teki kot anak dara dia dah terlepas test sekolah..akhirnya semuanya terjawab..sabo bang..ayang tau ler bile skul ni nak buat test...miahahaha...lega psal ni..tp blom lega pasal test tu..hahahaha..tgh duk pikir ni..cemana nak pi skul..maklum ler saya ni kan bekerja..kang kalau x teman kang kate x bg support pulak..hadoiii..nanti la eishah ye..akan ibu pikirkan cemana nak cabut pi skul sat..haiihhh..nampak gaya lepas ni anak ibu akan mengikut jejak ibu..sekolah kat mana ibu sekolah dulu..hihihi..indahnya zaman persekolahan..zaman berhingus..herk??okla..tu je nak update..Lepas test nanti saya update lagi..till next entry...


Monday, October 29, 2012

Toilet Train

Assalamualaikum



Alhamdulillah..sedar x sedar anak sayar Yusuf sudah pun 3 tahun June lepas..skrg ni ibu dan ayah tengah giat toilet train Yusuf sbb tahun depan dah nak hantar pi skul..rasanya dah 2 minggu..berbekalkan 2 helai panty utk toilet train yg kami beli di Mothercare..Yusuf dah berjaya kencing di bilik air..itu pun berapa belas kali pi bilik air..semuanya permintaan palsu..air kencing pun x keluar..huhuhuh..kencing di tandas dah lepas...masalah utama sekarang nak suruh dia berry di tandas..minggu pertama..Yusuf berjaya..berjaya apa?berjaya berry dlm panty..hadoiiiiiii..itu pun x mau mengaku walaupun peluh jantan dah kuar kat muka akibat cuba menahan dari berry...disebabkan oleh kejadian itu..saya telah momokkan yusuf dengan cerita2 pelesu..seperti..kesian dekat spender mickey..dia nangis sbb kena taik yusuf..eii..busuk..(sambil buat muke tahan busuk)..dan seperti yg saya jangka..yusuf jawab...ye ke ibu?mickey nangis die balik rumah die ke ibu?balik kg die ke ibu?hadoii....anak ohhhh anakkkkkkkk...apa pun ibu bangga sbb kamu dah pandai kencing di tandas..berrryyyy je failed lagi..x per...kita akan usaha sama-sama..ok yusuf??chaiyok chaiyokkk...

Perasaan

Assalamualaikum

Anak ibu..

Minggu lepas hari khamis saya dah mula bercuti gara2 Taska tutup..jangan tanya berapa baki cuti saya yg tinggal...soobbssssss...sepanjang cuti..cuma duduk di rumah dan keluar sekitar kl saje..niat di hati nak bercuti dan berjalan2..tp terbantut sbb anak saya eishah x der..balik kg dengan nenek dia..sooo terpaksa kansel coti2..sabtu..kami ke kl..cuma ke SOGO sbb saya nak beli toys bebi..pulang dr kl semua tido kepenatan..mlm lepas magrib kami keluar makan..dan round bandar Kajang..singgah metropoint sekejap..hurmm..mlm ni keluar dgn mata bebi bertampal..masuk metro point..sume mata memandang..lantak la..ader aku kesah???esoknye ke TESCO..beli brg2 keperluan anak-anak..sama juga..menjadi tumpuan..sbb kami tampal mata bebi selama 2 jam..paling menyampah bila masuk kedai Chicken Rice Shop..cashier pandang saya dgn muke berkerut sambil buat muke ppffftttttttttttttttt...ko x yah la nak buat muke LABUUUU...ko nak tau sgt ko tanye je aku..aku boleh bgtau..vengoongggssss...tgh makan duduk satu famili..semua anak pompuan...si suami duduk dekat dgn bebi..sambil pandang bebi si suami dtg dekat dan bertanya..ala..naper ni bebi..naper mata ni..saya dan suami pun bla bla borak dengan org tu..tetiba bebi nak nangis..dan si suami td pun ckp..ok ok..uncle x kaco dah..haaa...kan kalo mcm ni ok..saya x kesah la...tp tolong jgn pandang saya mcm ALIEN..saya ade perasaan..tolong hormat perasaan saya..tolong hormat perasaan saya sebagai seorang IBU..kalo korang IBU..korang tau apa yg saya rasa..rasa courious sangat..tanye jer la..x der hal pun..tp JANGAN LAYAN SAYA MCM TU..sooobssssssssssssssssssssssssss...itu baru tempek sebelah mata...lepas ni kita kuar pakai spek pulak ok bebi..kite tgk apa kater survey...



Wednesday, October 24, 2012

Surah Al-Waqiah sebagai amalan murah rezeki

Assalamualaikum

Ramai antara kita yang mengalami masalah kewangan, duit tidak cukup untuk menampung kehidupan. Pendek kata rezeki selalu sempit.

Al-quran merupakan mukjimat terbesar dan mempunyai fadhilat yang sangat banyak. Sebagai umat Islam kita seharusnya membaca al-quran setiap hari kerana ia adalah ibadah yang sangat tinggi nilainya di sisi Allah.

Sesiapa yang mempunyai kedudukan ekonomi yang sempit bacalah surah al-Waqiah untuk menolak kefakiran dan mendatangkan rezeki. Selain dari berusaha bersungguh-sungguh, amalan kerohanian seperti membaca quran, berzikir dan berdoa juga perlu dilakukan.

Berikut adalah cara yang paling mudah dalam mengamalkan surah al-Waqiah. Anda boleh memilih mana-mana yang berikut

1. Membaca secara rutin setiap malam samada selepas sembahyang maghrib atau sesudah Isyak.

Sabda Rasulllah SAW yang bermaksud: "Barangsiapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan tertimpa kesulitan selamanya "

(Walaupun ada ulama mentafsirkan hadis ini dalam kategori lemah, ia tidak menjadi kesalahan untuk mengamalkannya).

2. Mengamalkan membaca sekali siang (selepas subuh) dan sekali malam

3. Membaca 3 kali selepas subuh dan 3 kali waktu malam

4. Membaca surah al -Waqiah sebanyak 14 kali selepas waktu asar. Amalan ini dikatakan mujarab dalam mendatangkan hajat terutamanya rezeki.

Fadhilat surah al-Waqiah akan berkesan bila dilakukan secara istiqamah dan jangan meninggalkannya walaupun sehari. Bacalah dengan tartil dan tajwid yang betul. Membaca surah ini juga akan memberi pencerahan kepada minda kita.

Doa sesudah membaca surah al-waqiah

Erti doa surah al-waqiah

“Ya Allah, bahawasanya kami memohon kepada-Mu dengan hak surat Waaqi’ah dan rahsia (yang terkandung) di dalamnya. Hendaknya Engkau memudahkan rezeki bagi kami sebagaimana Engkau memudahkannya kepada kebanyakan makhluk-Mu ya Allah, Tuhan semesta alam. Ya Allah, limpahkanlah rezeki dari langit dan bumi kepada kami, berilah kami rezeki kerana Engkaulah sebaik-baik pemberi rezeki. Ya Allah, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah rezeki itu, jika rezeki kami berada di bumi, maka keluarkanlah, jika rezeki kami tidak ada maka temukanlah, jika rezeki kami sulit maka mudahkanlah kepada kami, dan pindahkanlah rezeki itu ke tempat kami di mana kami berada, dengan karunia-Mu dan kemurahan-Mu serta kemuliaan-Mu dengan rahmat-Mu wahai sebaik-baik Penyayang dari para penyayang.”

Di samping mengamalkan surah al-Waqiah ini, ibadah wajib jangan ditinggal manakala perkara kemungkaran hendaklah ditinggalkan.

Sumber: melurhasanah


Tuesday, October 23, 2012

Kelebihan surah Al-Ikhlas

Assalamualaikum

Antara surah pilihan yg slalu encik suami suruh baca dalam solat harian..Surah AL-IKHLAS

Surah Al-Ikhlas disebut surah keselamatan kerana surah ini menyelamatkan orang yang membacanya dari kesulitan-kesulitan dunia juga sakratulmaut, menyelamatkannya dari gelap gelita kubur dan tragedi-tragedi hari kiamat.

Dari Abu Hurairah, Nabi SAW pernah bersabda "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas, seolah-olah ia membaca sepertiga Al-Quran"

At-Tabrani dan an-Nu'aim mengikhraj dari Rasulullah SAW, baginda bersabda "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas saat sakitnya yang menghantarnya pada kematian maka ia tidak berjamah fitnah di dalam kubur dan aman dari penyempitan kubur pula ia dibawa malaikat dengan tapak tangannya hingga melampaui sirat sampai syurga"

Terdapat banyak lagi hadis tentang fadhilat amalan membaca surah Al-Ikhlas ini. Di antaranya dapat pahala seratus orang pahlawan syahid (Hadis dari Ubai bin Ka'ab), terjauh godaan syaitan jika dibaca 10 kali selepas solat Subuh (Hadis dari Ali Bin Abi Talib), jika diamalkan membacanya semasa sakit hingga membawa kematiannya, maka akan terlepas dari siksa kubur (Hadis dari At-Tirmizi).

Kisah di dalam Ruhul-Bayan ada menyebutkan;

Pada waktu Nabi SAW di tabuk datang kepada baginda malaikat Jibril. "Rasulullah, saya khabarkan bahawa Mu'awiyah al Muzani ra telah meninggal di Madinah. Apakah engkau berkenan jika bumi ini saya lipat, agar engkau menyembahyangkan jenazah Mu'awiyah". "Boleh saja" jawab baginda, maka Jibril membentangkan sayapnya di atas bumi dan diangkatnya Nabi sampai Madinah lalu menyembahyangkan jenazah Mu'awiyah dan para malaikat menjadi makmum dua saf (barisan) dimana satu saf berjumlah tujuh puluh ribu malaikat.

Selesai sembahyang baginda bertanya "Oleh sebab apa Mu'awiyah berpangkat demikian tinggi?" Malaikat Jibril menjawab "Oleh kerana Mu'awiyah cinta dan membaca qul hu wallahu ahad sewaktu pagi dan petang, ketika berdiri dan duduk dan pada setiap gerak-gerinya."

Surah Al-Ikhlas juga mempunyai fadhilat melapangkan rezeki dan menolak kefakiran bagi pembacanya serta penghuni rumah dan tetangganya. Dalam kitab Sa'adatul Darain, Rasulullah SAW bersabda " Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas ketika memasuki rumah, maka hilanglah kefakiran penghuni rumah dan tetangganya" (HR At-Tabrani dan Ibnu Mas'ud).

Di dalam kitab Fawaid as-Syarji menyebutkan: Bahawasanya ada seorang mengadu tentang kefakirannya kepada Nabi SAW, maka baginda bersabda "Ketika masuk rumah bacalah surah Al-Ikhlas". Kemudian lelaki itu melaksanakannya dengan cara seperti itu, maka Allah SWT melapangkan rezeki kepadanya dengan berkat surah Al-Ikhlas.

Surah Al-Ikhlas jika dibaca 11 kali selepas tiap kali sembahyang fardhu, insyaallah akan ditetapkan iman.

Imam Hanbali rahimahullah berkata, barangsiapa yang melalui kawasan perkuburan dan menghadiahkan 11 kali surah Al-Ikhlas kepada penghuni kubur itu, maka ia akan dapat pahala sebanyak mana mayat yang ditanam disitu.

Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali pahalanya menyamai membaca 30 juzuk Al-Quran. Bagaimanapun bagi sesetengah orang ia menjadi berat untuk dilakukan oleh kerana banyaknya dosa yang ditanggung.

Mengikut pengalaman ornag yang mengamalkan surah Al-Ikhlas ini, apabila kehilangan sesuatu barang, bacalah surah ini sebanyak 21 kali sambil mencari barang tersebut.


Sumber: Google.com