Friday, December 18, 2009

Tercekik..

gambar dr google


Pernah x korang berdepan dengan situasi di mana ketika anda sekeluarga tgh seronok makan x ingat dunia..tiba2 si kecil anda menunjukkan muker merah padam..batuk2 dan sebagainyer...tanda dier tercekik..haku pernah..tgh syok2 balun pizza kat pizza hut..tetiba si eishah terbatuk2 n muker merah padam..sgt la panik time itu..yg pastinyer anak ku mmg tercekik..tercekik cheese yg panjang berjela..padan muker haku sbb main bantai jer sumbat dlm mulut dier per yg ku makan..hikhikhik..sekiranya korang tetiba berhadapan ngan keadaan camni..sila jgn panik..ikut jer tips2 di bawah ni..




LAKUKAN :



-Tunggu sehingga mangsa batuk.
-Minta bantuan.
-Buka mulut mereka perlahan-lahan - keluarkan objek jika jelas kelihatan.
-Jika tidak berjaya, tepuk di antara tulang belikat mangsa dengan tapak tangan anda dengan kedudukan kepala mangsa lebih rendah dari badan.

JANGAN :




-Masukkan jari anda ke dalam mulut mangsa.
-Mendongakkan kepala mangsa.




P/S: Jika mangsa berhenti bernafas, pengsan dan badan menjadi biru, segera lakukan Kaedah Pemulihan Pernafasan (CPR) sementara menunggu bantuan pakar.




BAGI KANAK-KANAK DEWASA




-Bantu kanak-kanak untuk berdiri jika mereka masih sedar.
-Posisikan badan anda di belakang mereka.
-Lakukan Heimlich Manouvre.




P/S: Jika kanak-kanak pengsan laksanakan Kaedah Pemulihan Pernafasan (CPR).




Sumber: Myhealth portal (kementerian kesihatan Malaysia)








No comments:

Post a Comment