Monday, June 7, 2010

Al-Fatihah..

Sedih...sedih membaca kisah perjuangan Alana Qish..tak terbayang betapa berat bahu kedua ibu bapa alana menggalas semua dugaan itu..Apatah lagi tubuh si kecil yang belum mengenal erti apa-apa..baru minggu lepas saya membaca kisah Alana Qish..Sebak rasa hati melihat tubuh kecil Alana cuba bertarung dengan penyakit yang dihidapainya..Berat sungguh ujianmu Ya Allah..Berikan ketabahan yang tinggi untuk kedua org tua Alana Ya Allah..Saya tahu..hati ibu mana yang tidak sedih melihat anaknya terpaksa bertarung dengan kesakitan..dan saya tahu..mummy Alana telah membuat keputusan yang sebaik mungkin untuk Alana..keputusan untuk melepaskan Alana bukanlah kerana mereka tidak sanggup untuk menempuh semua dugaan itu..tetapi keputusan tersebut dibuat demi untuk menamatkan penderitaan anakanda tersayang..Bersabarlah wahai ibu..redhakanlah permergiannya..Sesungguhnya apa yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya..Kuat sungguh semangat mereka dan tabah sungguh kedua ibubapa Alana menghadapi semua itu..tak terbayang saya kalau berada di tempat mereka..Semoga Alana tenang di sana dan takziah untuk kedua orang tua Alana..Al-Fatihah..


No comments:

Post a Comment