Friday, September 21, 2012

Hati..



 Assalamualaikum

Bila mana hati resah gelisah..lidah kelu untuk berkata-kata cuba mencurahkan apa yg terbuku di hati..jari-jemari laju menaip cuba meluah dan berkongsikan apa yg terbuku di hati..Allah..emosi oh emosi..tolonglah stabil kerana banyak kerja yg perlu saya selesaikan di pejabat..otak yg ligat berfikir menyebabkan saya sendiri tidak tahu apa yg saya cuba sampaikan kepada pelajar..pandangan terasa kosong..manakala jiwa terasa kacau bilau..selagi mana masalah dalaman diri tidak selesai..lagi itu la keadaan saya akan berterusan sebegini..Allah..sungguh..saat ini hanya satu yg saya mahu..BERHENTI KERJA..bodohkah saya kerana memilih jalan itu?mungkin bg orang lain BODOH..tapi bg saya..kerjaya mendidik dan membesarkan anak-anak lebih memberikan kepuasan kepada diri saya..Alahai..apakah yg sedang kamu lakukan di rumah wahai anak? Bagaimana kamu di sekolah hari ini?sudah mandikah yusuf?Ashrof tgh buat apa?Sungguh...setiap minit dan saat ibu x sudah2 memikirkan kamu bertiga..semoga kamu bertiga baik2 saja di rumah..

3 comments:

  1. Salam,
    Erni, akak tidak tahu apa sebenarnya yg berlaku tapi cukup yakin ia berkaitan dengan kesihatan anak kan? Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul kan.. moga erni tabah dan doa kami setiasa bersama mu erni, moga Allah permudahkan urusan kalian.
    Tertarik dgn hasrat untuk berhenti kerja, pada akak itu bukan kerja bodoh. Akak sendiri pun sgt2 teringin nak menjadi suri rumah sepenuh masa tapi mungkin tahap tawakkul akak tidak seperti isteri2 yang lain. Tapi benar2 berharap akan tiba masanya akak bergelar title itu. Benar erni, itu bukan kerja bodoh sebaliknya hasrat murni seorang ibu dan isteri yang sepatutnya mendapat sokongan padu.

    ReplyDelete
  2. opss, sori erni.
    anonymous is me.. :)

    UmmuMishkah

    ReplyDelete
  3. klu erni rasa berhenti kerja jln terbaik utk anak2... niza tetap akan sokong erni...
    sebab kita sbgi mak2 ni memang sentiasa risaukan anak2...
    mcm niza pun terasa juga mcm nak berhenti tp bila dikira congak rasa mcm kesian pulak kat suami..
    takut dia terbeban dgn belanja kami anak beranak...

    tabahkan hati ya erni... solat dan bnykkan doa pd ALLAH... semoga ALLAH permudahkan setiap urusan erni dan keluarga dunia akhirat...

    aminnn...

    ReplyDelete