Thursday, November 8, 2012

Panduan Memohon Pembantu Rumah Asing (PRA)

Assalamualaikum

Lately ni saya pening memikirkan hal bibik..kalo x dek kerana keadaan yg memaksa..tak hingin saya ambik bibik..hadoiii..demi anak ibu Ashrof..ibu sanggup korbankan semua..janji anak ibu selesa..encik suami msg ckp ada calon yg nak keje..tapinya nak menguruskan pulak kiteorg tatau..helppp meee...ini antara panduan yg dpt dr internet..kalau ada kawan2 yg tau..pliss share with me..tq..

Panduan Memohon Pembantu Rumah Asing (PRA)


Samada dengan agensi atau 'permohonan individu' (sendiri). Orang yg memilih cara individu biasanya sebab lebih murah, atau mahu dapatkan bibik dari tempat2 tertentu di Indonesia.

Cara 'permohonan individu' ialah kita kena contact salah seorang 'ibu' iaitu orang yg akan menguruskan urusan passport bibik di indonesia. Ibu ini biasanya berulang alik Malaysia-indonesia. Ibu-ibu ni ada banyak dan biasanya dikenali berdasarkan recommendation dari friends yg pernah berurusan with them. mana-mana ofis lama biasanya ada contact dgn salah sorang ibu ni. ask your officemates (yg senior2)

Tanpa bantuan 'ibu' ni adalah mustahil untuk kita sendiri ke Indonesia utk uruskan passport tu. Ibu akan datang berjumpa anda dengan a few pictures of bakal-bakal bibik yg anda kena pilih. Baca betul2 maklumat each bibik, think & then select one.

Ibu biasanya charge around RM3000 (depends.. ada yg lg murah, ada yg lagi mahal) . Apabila bibik bekerja nanti, 3 bulan pertama tak perlu bayar gaji. Gaji mula dibayar utk bulan ke 4.

Permohonan (Individu) untuk Pembantu Rumah Asing (PRA)

=====================================

1) Pergi ke Pejabat Imigresen di Pusat Bandar Damansara/ Putrajaya

Dapatkan satu set borang-borang (RM2) utk Pembantu Rumah Asing - tanya di kaunter bawah dekat escalator. Anda akan diberikan satu set borang2.

- Borang PRA1

- borang Permohonan Pas lawatan

- Borang Permohonan untuk visa

- borang Personal Bond (perlu dimatikan dgn stem RM10)

- borang Kontrak kerja (Contract of Employment) - Kontrak adalah 2 tahun. fotostat 4 copies dulu sebelum penuhkan. then matikan each one dgn stem (4 x RM10).

- borang Perakuan daripada majikan yg tidak menggunakan agensi berdaftar (permohonan individu)

- borang Perakuan pengambilan pembantu rumah asing beragama islam (For those yg bukan islam tapi ambil bibik islam)

Disediakan oleh anda

=============

- salinan IC husband & wife

- salinan sijil kahwin anda

- salinan surat beranak anak2 anda

- pengesahan/bukti pendapatan suami isteri (income household mesti lebih RM3000 sebulan)


disediakan oleh 'ibu'

==============

- salinan passport pembantu rumah asing / bibik

- laporan perubatan pembantu rumah asing / bibik


2) Penuhkan kesemua borang. Di aras 3 imigresen (tempat u kena submit borang2 tu nanti) ada cara2 isikan borang ditampal pada dinding.

Bila dah complete, submit. You will get surat 'akuan penerimaan' & a phone number to check samada yr application diluluskan atau tak.

3) After a few days - call them and ask. kalau lulus, pergi ke imigresen semula dan dapatkan apa yg dipanggil 'calling card'. Calling card adalah sebenarnya kelulusan/pengesahan permohonan pas lawatan kerja sementara (diberi 2 salinan, satu utk kita simpan satu lagi utk bibik). Bayar RM430 dan dapatkan resit.

4) Pos kan (pos berdaftar) 1 copy of 'calling card' dan original receipt RM430 yg dibayar - pos ke ibu semasa dia ada di indonesia. Ibu akan pass pd bibik.

5) Pada hari bibik datang ke malaysia, anda kena datang ambil. Depending on yr bibik / ibu location in Indonesia, ada yg naik air asia (you kena ke LCCT) atau ke Jeti Pulau Ketam di port klang. (nama je pulau ketam - jeti tu dekat port kelang sebenarnya, bukan di pulau)

6) Selepas bibik selamat sampai di Malaysia anda kena buat FOMEMA (medical check-up for bibik). Pergi ke FOMEMA (juga di Pusat bandar damansara, tak jauh dari Ofis imigresen tu) buat appointment dengan mana-mana klinik yg berdaftar. Anda kena bayar RM190 - dibuat dalam bentuk wang pos (boleh dibuat di Arab-malaysian bank dibawah ofis Fomema tu). Lepas selesai, anda akan dapat nama Klinik for medical checkup & klinik for X-ray. (boleh jadi 1 klinik, boleh jadi 2 klinik yg berlainan).

Date for appointment ke klinik adalah open (must be done within 1 mth max.). Tapi sebaik2nya buat minggu ke dua. Ini supaya bibik dapat menyesuaikan diri dgn environment malaysia & tak keletihan. Once done, the result will be available usually within 10 days. Boleh check di laman web fomema.

7) Once medical checkup completed, pergi ke Imigresen semula utk dapatkan 'pelekat' Visa yg akan ditampal pada passport bibik.

8) Then kena buat i-Kad utk Bibik - di aras yg sama - Aras 3 imigresen. Bibik mesti hadir. Usually i-Kad siap within 1-2 months

- kena buat gambar bibik. Disitu ada banyak kedai gambar.

For the second year

============

9) After 10 mth bibik bekerja with u (at least 2 mth sebelum visa tamat), you need to go to FOMEMA semula for medical checkup for her second year (another RM190). Only the fourth year onwards tak perlu renew FOMEMA dah.

10) After FOMEMA completed, need to pay Imegresen/Visa about RM 445 for the second year

If bibik nak balik bercuti ke indonesia after 2 year contract tamat dan nak sambung kerja dgn anda

=================================

11) Again repeat Fomema (RM190) two mths before visa tamat

12) renew visa for the third year (RM445)

13) Pergi ke Kedutaan Besar Indonesia (di Jln Tun Razak berhampiran RHB, berhampiran simpang ke bukit bintang)

- Buat surat mengatakan Bibik bekerja dgn anda dan ingin balik bercuti dan nyatakan tarikh tamat visa.

- Buat pertukaran alamat di passport bibik. Pertukaran alamat dari alamat lama di Indonesia kepada alamat majikan baru (anda). Siap dalamasa 2-3 jam. Bibik perlu hadir sekali.

- perlukan salinan IC anda.

Boleh refer sini jugak: Blog Moon

Refer Letter boleh refer sini : jp visa sample letter


2 comments:

  1. Bagus betul kasi panduan macam ni. Nanti balik Malaysia boleh la cari bibik. hehehe. Brp kos total besar buat urusan bibik sndr ye?

    ReplyDelete
  2. Mami LH kena sabau dolu..kak erni tgh nak slow2 buat ni..kang akak reveal kat sini baer kos sebenarnyer erk??miahahaha

    ReplyDelete

 
Images by Freepik