Wednesday, October 15, 2014

Spaghetti Bolognese Versi Cik Erni

Assalamualaikum


Lately ni sgt la buntu..buntu ape?buntu tatau nak makan apa utk breakfast..dah tatau nak beli apa kat kafe..hatoii..disebabkan buntu tatau nak makan apa..tetiba tinggggggg!!!!!!dapat idea...bawak bekal lollllll.....pk punya pk penyudahnya decide buat spaghetti bolognese je laa..bawak banyok sket..buleh makan ramai- ramai nanti..kali ni nak try resepi tanpa menggunakan sos bolognese yg dah siap tu..jom kite tgk apa bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan:
Spaghetti 
Daging cincang
1 labu bawang holland dicincang halus
Beberapa ulas bawang putih dicincang halus
2 tin kecil tomato puri
2 cawan air ataupun guna tin tomato puri tu
200 ml susu 
4 biji tomato dipotong dadu
1 batang carrot dipotong dadu
2 batang celery dipotong dadu
1 tin cendawan butang dihiris nipis
1 kiub stok daging lembu
Italian mixed herbs
Olive oil
Garam
Gula
Butter
Keju parmesan digunakan ketika dihidang

Cara-cara:

-rebus spaghetti 
- panaskan olive oil dan masukkan butter.kemudian masukkan bawang putih dan besar hingga layu.
- masukkan daging cincang hingga keperangan
- masukkan semua sayuran hingga sayur lembut.
- masukkan susu
- masukkan tomato puri dan tomato yg telah dipotong dadu. Gunakan tin tomato puri utk sukat 2 tin air dan kacau sos hingga sebati.
- masukkan italian mixed herbs, kiub, gula dan garam.biarkan mendidih.lagi lama kita renihkan sos..lagi sedap dan pekat sos tersebut.
- setelah nampak pekat..boleh tutup api.tuangkan ke atas spaghetti dan taburkan dengan parmesan cheese.

P/S: sebenarnya saya ada tambah susu cair nak bg sos spaghetti ni lemak berkrim..kakaka..suke hati aku je..kalo korg nak try..try la..tanak pun x pe..

Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik