Friday, March 2, 2018

Solat Jamak

Assalamualaikum

Aku just nak share pasal solat jamak kat sini...dulu aku x reti jugak..tapi sbb kampung jauh kan..so mmg asal balik ganu je mmg solat jamak laaa..so utk rujukan aku sendiri..elok la aku tepek sini..ini pun sebab aku jumpa dekat FB..

Jamak bermaksud menghimpunkan 2 waktu solat dalam satu waktu. Jamak terbahagi kepada dua iaitu Jamak Taqdim dan Jamak Takhir. Jamak Taqdim ialah menghimpunkan 2 waktu solat dalam waktu pertama.Contoh Jamak Taqdim ialah Solat Zuhur dan Asar dihimpunkan dalam waktu Zuhur dan Solat Maghrib dan Isyak dihimpunkan dalam waktu Maghrib. Manakala Jamak Takhir ialah menghimpun dua waktu solat dalam waktu yang kedua iaitu solat Zuhur dan Asar dalam waktu Asar serta solat Maghrib dan Isyak dalam waktu Isyak. Rasanya jelas kan part ni?Qasar pula bermaksud memendekkan solat empat rakaat menjadi dua rakaat. Maknanya, qasar tak apply untuk Solat Maghrib dan Subuh. Hanya untuk solat Zuhur, Asar dan Isyak.

Image may contain: text

Jamak Taqdim (Zuhur & Asar)

Image may contain: text

Jamak Taqdim (Maghrib & Isyak)

Image may contain: text 

Jamak Takhir (Asar & Zuhur)

Image may contain: text

Jamak Takhir (Isyak & Magrib)

No comments:

Post a Comment