Thursday, September 28, 2017

5 Idea Resipi Makanan Snek, Sesuai Untuk Si Manja Umur 6 Bulan & Ke Atas Yang Susah Nak Makan!

Assalamualaikum

Anak korg susah makan tak?Anak saya?Alhamdulillah tolak batu nge kayu...semua dia bedal..Hari ni aku nak share info yg aku dpt dr Facebook..kot ada yg tengah mencarikan..menu apa yg sesuai utk anak makan..jom kite tgk..

 

Bubur Tepung Beras

Bahan-bahan:
 
1 sudu besar tepung beras
½ cawan susu formula (4oz)

Cara-cara: 
1) Larutkan tepung beras dalam susu.
2) Kacau di atas api perlahan hingga pekat. Tutup api.

kalau baby xcukup berat badan, boleh gunakan air tajin (air didihan nasi) atau bubur tepung beras ni campur dlm susu baby (macam nestum). Tepung dimasak dgn ½ cwn air biasa & pastikan bubur dimasak cair (supaya baby xtersedak). Boleh larutkan sesudu-2 bubur dalam air panas. Tapis & pastikan tiada ketulan bubur, kemudian barulah ditambah air masak & susu.
 
Utk baby 8bln++ boleh masak sehingga likat sikit (utk makan)
*Ini hanya resepi asas, boleh tambah sedikit puri buah untuk variasikan rasa (utk makan)
Nota kaki:  Bubur ni mengenyangkan baby & boleh tambah berat badan.

 

Puding Roti Kukus

Bahan-bahan:
4 keping roti
1½ cawan susu formula
1 sudu besar unsalted butter
2 biji telur A
sedikit puri buah (tak kisahlah buah apa, janji anak suka)
sedikit kismis/kurma (dicincang)

Cara-cara:
 
1) Panaskan pengukus
 2) Rendam roti dalam susu, ketepikan. 
 3) Masukkan butter, telur dan puri buah  dalam mangkuk lain. Kacau sebati.
3) Campurkan adunan telur ke dalam rendaman roti tadi. Kacau rata.
4) Masukkan adunan ke dalam mangkuk/loyang yang telah disapu dgn sedikit butter. Tabur kismis/kurma sebagai hiasan.
5) Kukus 15-20 minit atau sehingga masak.

*jika gunakan telur saiz B, gunakan 3 biji telur
 
 *utk dptkan puding yg lebih lembut, boleh tambah ½ cawan air/susu


Begedil Ikan (10 bulan +)

 Bahan-bahan:
Isi ikan goreng – dibuang tulang & ditumbuk kasar (nak blend halus pun boleh)
2 biji kentang
1 sudu kecil bawang goreng (atau 1 biji bwg merah ditumis)
2 biji baby carrot – diparut
Serbuk ikan bilis (optional)
Sedikit daun sup
Bahan salut:
1 biji telur ayam – dipukul ringan

Cara-cara:
 
1. Kentang dipotong nipis dan digoreng dalam sedikit sahaja minyak zaitun hingga lembut. (kalau guna bawang merah, tumis bawang dulu & ketepikan. Kemudian baru goreng kentang supaya aroma bawang lebih terasa)
2. Lenyekkan kentang.
3. Campur semua bahan & gaul sebati
4. Ambil sedikit adunan, bulat dan leperkan. Buat sehingga habis.
5. Celupkan begedil yang telah dibentuk tadi dalam telur yang telah dipukul ringan. Goreng dalam minyak panas. Kalau anak ada eczema, gantikan telur dgn bahan salut ni
Bahan salut #2 (tempura)
½ sudu makan tepung gandum
1 sudu makan tepung beras
1 sudu makan tepung jagung
2-3 sudu makan air
 
Campurkan semua tepung. Tambah air sikit demi sedikit agar batter xterlalu cair.
 
Nota kaki: Begedil sebelah kanan tu salut telur & sebelah kiri salut tempura.

 

Kastard Susu (8 bulan +)

Bahan-bahan:
 1 sudu teh tepung jagung
½ cawan susu formula (4oz)
1 biji kuning telur

Cara-cara:

1) Gaulkan kuning telur bersama tepung jagung, ketepikan.
2) Panaskan susu di dalam periuk dengan api perlahan.
3) Ambil 4-5 sudu susu panas (xperlu tunggu mendidih) dan masukkan ke dalam bancuhan kuning telur tadi. Ini bertujuan untuk memanaskan kuning telur tanpa terus memasaknya & elak telur jadi berketul.
4) Kacau sebati. Tuang semula adunan telur+susu ke dalam periuk.
5) Masak semula adunan hingga likat (mengikut kesesuaian usia bayi anda).
*tambah sedikit puri buah untuk variasikan rasa
*kalau simpan dlm fridge tahan 2 hari. dimakan sejuk atau pnskn semula sblm bg baby
*untuk tambah kalori, boleh tambah sesudu kecil unsalted butter
*jika gunakan susu ibu, gunakan ½ cawan air. Masak hingga benar² likat. Cairkan mengikut kepekatan yang diingini setelah masak.


Sup Cendawan (10 bulan +)

Bahan-bahan:
150gm cendawan (sy guna buna shimeji)
1 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 sudu besar olive oil
2 sudu besar unsalted butter
1 sudu besar tepung gandum
1-2 cawan susu formula/santan
Sedikit stok ayam/bone broth
Air secukupnya
Sedikit lada hitam (optional)
Secubit daun thyme kering (optional)

Cara-cara:
 
1. Panaskan butter bersama olive oil kemudian tumis bawang hingga naik bau.
2. Masukkan cendawan & kacau sehingga lembut/masak. Tutup api & kisar semua bahan tadi.
3. Larutkan tepung gandum bersama sedikit air (supaya tepung tidak berketul) & panaskan bersama susu/santan di dalam periuk. Masukkan cendawan yg telah dikisar tadi serta stok ayam.
4. Tambahkan air secukupnya mengikut kepekatan yg diingini.
5. Perasakan dengan sedikit lada hitam dan herba thyme jika suka.
*bg anak setahun++, boleh gunakan krim/susu segar
*bg ank yg elergik susu/Iaktosa, gunakan santan cair atau kurangkan sukatan santan agar rasa santan tidak terlalu dominant
*ank yg picky eater/susah nk mkn/xckup berat, boleh gantikan 1 sudu besar tepung gandum dgn 1-2 sudu kecil serbuk beras sebagai ejen pemekat
*penggunaan herba thyme menyebabkan rasanya sedikit berbeza namun ia boleh meredakan batuk/selsema & mampu meningkatkan kesihatan tulang.
*selain enak dimakan dgn garlic bread, resepi ni juga boleh dijadikan sebagai sos carbonara utk pasta. Hanya tambahkan ayam/serbuk ayam & sayur-sayuran

Resepi dah ada...soo boleh la korg try..aku salute btol dengan ibu-ibu yg gigih reka segala aneka resepi semata nak bg anak selera makan..korg mmg HEBAT! Resepi ni aku ambik dr blog Sirap Limau

till next entry...tata

No comments:

Post a Comment