Monday, October 7, 2013

D.I.Y Pembantu Rumah

Assalamualaikum

Ya ampunn...sibuk nyer saya sampai x de masa nak update blog..cerita mmg banyak tapi masa nan hadooo..minggu ni baru buleh tarik nafas lega...sebab apa..disamping bekerja sebagai kuli di U*M..saya jugak telah menjadik agen mencarik bibik secara paksa rela..untuk sapa??untuk nenek dan kakak saya..Lama dah sebenornyer nak citer bab bibik..penyudah kakak iollss dulu yg up entry pasal bibik.Saya just nak share cemana cara nak uruskan kemasukkan bibik tanpa menggunakan agen..maklumler..i ollsss bukan org ado-ado..so nak bg duit 8k ke agen tu mmg dok dapat ler..penyudahnyer terpaksa ler bersusah payah bawak masuk sendiri..Sebelum nak bawak masuk tu...lebey kurang 3 bulan jugak saya terpaksa study menatang apakah JP Visa ini..dan apa prosedur yg saya perlu lalui..Akhirnya berbekalkan ilmu dr pokcik google yg x seberapa..saya telah mengarahkan encik suami utk call semua kaki dia yang ado di Bandung..Akhirnya..akhir bulan 11..kawan encik suami bgtau..ado calon mau keroje..Saya senaraikan di sini apa yg perlu buat dr mula sampai la bibik susah berada di Malaysia.

Urusan di Malaysia

1. Cari agen di Indonesia utk dapatkan calon. (kalo ade member kat sana lagi bagus..suruh je depa carik sedara mara yg mau kerja sini..at least..u can save ur rm3k babehhh...satu kepala busuk2 agen charge 3k wokeh)

2. Bila dah ada calon..agen di sana akan uruskan pasport bibik..

3. Bila pasport siap..agen di sana akan fakskan pasport bibik untuk beli tiket.

4. Beli tiket bibik kemudian fakskan tiket bibik bersama dengan surat jaminan dan undangan ke msia. (tiket mmg kena beli tiket return sbb kalau beli tiket sehala..alamatnya mmg x lepas la dr sana sbb konfem dia akan tau bibik akan pergi x kembali)

* Surat undangan dan surat jaminan diperlukan bagi bibik yang pernah bekerja di luar negara sbb di airport akan disoal siasat dengan banyak soalan.Contoh surat undangan dan jaminan..kot kalau ada yg nak boleh email saya di anne_djuliet@yahoo.com

4. Di hari ketibaan bibik nanti..sila tunggu awal di airport..setakat ni alhamdulillah yg saya dan suami uruskan semuanya masuk  dengan jayanya kecuali utk nenek saya..dier masuk dengan jayanya tapi tanpa cop masuk malaysia ye kawan2..bolos sbb masalah x paham bahasa..imigresen suruh ko beratur g opis..nge slambe kodok ko jalan ikut org lain keluar..yg tu saya cerita kemudian dalam entry akan dtg.

5. Sesampainya bibik di Malaysia..pastikan pasportnya sudah dicop dan lepas tu bolehla bawak bibik balik rumah.

6. Esoknya boleh la submit borang permohonan bibik di imigresen berdekatan. (Mcm kes saya, saya completekan semua borang sebelum ketibaan bibik..bibik dtg sini tinggal nak mati setem, ambil gambar pasport, fotokopi pasport bibik dan suruh bibik tandatangan dalam borang mana yang patut). Antara borang2 yang diperlukan adalah seperti di bawah:


* Bagi borang personal bond perlu matikan setem sebanyak RM10. Manakala Perjanjian Pekerjaan di antara majikan dan PRA juga dimatikan setem RM10.00 (1 set asal dan 1 set salinan).

Dokumen yang diperlukan untuk permohonan pembantu rumah ialah:

1.    Borang permohonan PRA
2.    Borang IM 12. (Permohonan PLKS)
3.    Borang Personal Bond yang dimatikan setem RM10.00
4.    Perjanjian Pekerjaan di antara majikan dan PRA yang dimatikan setem RM10.00 (1 set asal dan 1 set salinan)
5.    Salinan kad pengenalan majikan (suami dan isteri)
6.    Salinan pasport PRA
7.    Bukti pendapatan tetap suami isteri:
8.    Penyata KWSP dan slip gaji (3 bulan terkini) ATAU
9.    Borang e-BE/ Penyata LHDN yang disah terima beserta slip bayaran
10.  Sijil perkahwinan (bagi permohonan kali pertama sahaja)
11. Gambar pasport suami dan isteri utk ditampal di borang permohonan.
12. Sijil beranak anak-anak sekiranya tujuan ambik bibik utk jaga anak-anak.
13. Laporan perubatan ibu/bapa yang hendak dijaga sekiranya tujuan ambik bibik untuk menjaga orang tua.

Proses Selepas Submit Borang Permohonan

1. Tunggu sehingga status permohonan lulus.

2. Bila dah lulus..sila pergi ke imigresen utk ambil surat kelulusan.

3. Daftar FOMEMA yang berharga RM190. BAwa surat kebenaran yang diambil dari imigresen selepas keputusan dikeluarkan. Download borang FOMEMA, print dan isi lengkap. Pilih klinik yg berdekatan untk medical check up pembantu rumah anda. Hantar borang yg lengkap di isi ke FOMEMA terdekat dengan anda..Shah Alam pun ada..Di sana nanti anda akan diberi satu borang yg perlu dibawa semasa membuat medical check up. Keputusan medical check up boleh dicek online dalam tempoh seminggu.

4.  Selepas lulus FOMEMA terus ke imigresen dengan membawa pasport pembantu rumah. Bayaran sebanyak rm1010 akan dikenakan..perlu dibuat dalam bentu bank draft atas nama Ketua Pengarah Imigresen Putrajaya. Pihak imigresen akan print dan tampalkan stciker permit kerja dlm pasport pembantu.

Rasanya tu je la prosedut yg perlu dilalui utk DIY pembantu rumah dengan menggunakan JP Visa..malangnya JP visa dah tutup Oktober 2013..Nak masuk sekarang semua kena melalui agen berdaftar dan menggunakan Calling visa..okla..penat dah ckp pasal bibik..lepas ni saya bgtau cemana nak renew permit bibik pulak...tataaaaa



1 comment:

  1. salam, boleh sy dapatkan bantuan untuk dapatkan bibik? emel sy sha_sazali@yahoo.com

    ReplyDelete