Tuesday, August 3, 2010

Potty Train..

Eishah dah lama saya ajar potty train..sejak dapat adik saya dah ajar dia supaya bila nak kencing or nak buang air besar..cepat-cepat bgtau saya..bab buang air kecil...mmg sukses..tang buang air besar tu masalah sket..sehinggakan kadang-kadang dia benar-benar menguji kesabaran saya..mau nya tidak..saya terpaksa berulang alik ke bilik air berkali-berkali..tak cukup dengan tu..berkali-kali jugak angkat dia atas toilet bowl sambil menunggu dia melepaskan hajat..tunggu eishah melepaskan hajat ibarat menunggu buah yang takkan gugur..letih..penyudahnya sampai sekarang dia masih lagi buang air besar dlm pampers..kebiasaannya saya hanya pakaikan eishah pampers selai sehari..itu pun pd waktu malam..kesian sbb dia masih kuat menyusu pd waktu malam..nak pisahkan dia dari susu lg la saya tak sampai hati sbb budak seusianya masih memerlukan susu..Nak kata eishah ni bernasib baik saya pun tatau..setiap kali saya pakaikan pampers..time tu la dia nak buang air besar..kalau time x pakai pampers..x der plak dia nak buang air besar..

Penyudahnya hari ini..suami msg saya..katanya eishah cirit birit..sakit perut dr pagi td dan dia nak pulang ke rumah untuk jenguk eishah..x sedap hati di ofis..saya call suami bertanyakan suami..kedengaran suara eishah di corong telefon..katanya..Ibu..kak long berak kat tandas..saya tergelak..bagus anak ibu...saya membalas..ada hikmah jugak eishah cirit birit hari ni sebab dia dah pun berjaya buang air besar mcm org lain...GOODBYE PAMPERS MAMYPOKO yg slalu buat saya jadi MAMYPOKAI!


No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik