Thursday, March 26, 2015

Resepi Makaroni Bakar Versi Cik Erni

Assalamualaikum

Ini cerita tahun lepas..tekak tiba-tiba rasa nak makan makaroni bakar..so terus goggle carik resepi yg paling simple dan mudah..kebetulan kakak pun ajak pi kedai..so why not ikut skali..bleh carik barang utk buat makaroni skali..huhuhu...mcm biasa..resepi kena tepek sini sebagai panduan di kemudian hari..maaf kepada tuan punye resepi sbb saya dah ubahsuai sket resepi ikut anak tekak saya..

 Bahan-bahan:
300gm macaroni
250 gm daging cincang
4 biji telor (pukul kembang)
3 sudu rempah kari
2 labu bawang besar (dikisar)
1 tin susu cair
1 cawan air
Sedikit chilli pepper
Sedikit Blackpepper
sedikit keju parut
minyak utk menumis & garam

Cara2:

1. rebus makaroni hingga empuk & toskan

2. kemudian panaskan minyak & tumis bawang besar bersama rempah kari sehingga naik bau.
3. Kemudian masukan daging & kacau rata hingga daging masak
4. Selepas itu masukkan susu garam,gula,blackpepper dan chilli pepper. Kacau rata.
5. Masukan makaroni, air dan kacau hingga mendidih.
6. Tuangkan adunan kedalam loyang yang telah disapu minyak.
7. Tuangkan telor dan taburkan keju. Bakar selama 180 C (45 minit)

Sumber: Myresipi




No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik