Friday, July 23, 2010

Beijing- Day 2

Hari kedua di Beijing..seawal 3.30 pagi saya dah bangun..bukannya apa..subuh di sini seawal lebih kurang 4 pagi..kebiasaanya selepas bangun dan bersolat saya dan eishah akan tidur semula ataupun pergi ke bilik mok dan ateh sbb selalunya mama dan mok akan buatkan breakfast kat sana..jangan tatau..kiteorg gi Beijing siap angkut periuk nasi sekali..hari kedua cuma bawak bekal oti dan sambal jer..dalam pukul 7..kami semua turun ke cafe hotel utk breakfast..saya tak makan pun sbb mmg x lalu la..eishah cuma bantai makan honeystar sajer..dah siap breakfast naik ke hotel sekejap utk lepas hajat masing-masing..paham-paham je la..tandas awal di sini semuanya x de air dalam toilet tu..kat sinki luar tu ada la..sebelu pukul 8 kiteorg dah turun sbb tourist guide dah pesan..kul 8 dah nak kena ada di lobi hotel..sapa yang lambat akan didenda menyanyi sebelum dapat naik bas..

Destinasi pertama ialah melawat ke slah satu tempat bersejarah di Beijing iaitu Kota Larangan atau lebih dikenali sebagai Forbidden City..


Gambar kami berlima sebelum masuk ke Kota Larangan..timeni muka masing-masing ceria lagi sebab saya sendiri x menjangkakan saya akan berjalan sejauh itu dengan memikul berbotol-botol air utk stok pergi toilet..rasa mcm mendaki gunung yang tinggi dengan beg yang sarat di belakang..

Yang ni pun still di luar Kota Larangan..Orang sangat la ramai..Masa ni tourist guide tgh pum pang pum pang duk cerita sejarah tempat ni tapi kiteorang pulak duk sibuk posing ambik gambar..


Ok..sekarang dah masuk dalam Kota Larangan.. Tak silap Istana ni dah beusia 500 tahun..kalau saya nak cerita sendiri ada pulak fakta yang tak betul nanti..
Di sini saya ada sertakan sedikit info mengenai Kota Larangan (Forbidden City) ....

Kota Larangan merupakan istana rasmi bagi maharaja China yang mula digunakan semasa Dinasti Ming sehingga akhir Dinasti Qing. Ia terletak ditengah-tengah kota Beijing, China, yang kini menempatkan Muzium Istana. Istana ini telah digunakan sebagai kediaman bagi maharaja dan keluarganya, selain menjadi pusat istiadat dan politik kerajaan China selama hampir 500 ratus tahun.

Dibina pada 1406 hingga 1420, kompleks ini mengandungi 980 buah bangunan yang terselamat dan 8,707 buah bilik[1] dan merangkumi kawasan seluas 720,000 meter persegi (7,800,000 kaki persegi). Kompleks istana ini menjadi contoh senibina agam China tradisional,[2] pengaruh budaya serta pembangunan senibina di Asia Timur dan tempat-tempat lain. Kota Larangan telah diistiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia pada 1987,[2] dan disenaraikan oleh UNESCO sebagai himpunan terbesar struktur kayu terpelihara di dunia.

Sejak 1924, Kota Larangan telah diletakkan di bawah pentadbiran Muzium Istana, yang telah mengumpul banyak artifak dan kerja seni yang telah dikumpulkan semasa Dinasti Ming dan Qing. Sebahagian daripada bekas koleksi muzium kini ditempatkan di Muzium Istana Kebangsaan di Taipei, Taiwan. Kedua-dua muzium berasal daripada institusi yang sama, tetapi telah berpecah semasa Perang Saudara China.


Dah penat berjalan..kami terus di bawa ke Restoren makanan halal..or should i called it..makanan kambing??hahahhasebabnya sepanjang berada di sana kami dihidangkan dengan banyak hidangan sayur-sayuran hijau..hari kedua ni saya still boleh telan lg makanan yang dihidangkan..tapi..yg saya telan pun telur dadar jer la..sama mcm eishah..makan nasi + telur dadar..bukan tanak rasa makanan dorang..cumanya saya tak tahan dengan bau minyak bijan..inikan pulak nak telan masakan yg dorang gunakan minyak bijan..lagi la saya kembang tekak..

Ini permandangan dari luar restoren..bagi saya...restoren hari kedua ni semua okla..x mcm hari pertama..bukan memilih..tapi mungkin sbb tekak saya ni tekak org malaysia tulen..so saya tak mampu nak telan..apatah lagi nak merasa sumer masakan china tu..

Dah kenyang perut..kami di bawa ke Masjid Niujie iaitu masjid tertua lebih dari 1000 tahun..untuk menunaikan solat Zuhur....Tengok dari luar saya nampak mcm bukan masjid jer..Disebabkan sepanjang berada di Beijing saya cuti dari sembahyang..so masa yang ada saya gunakan utk lihat di sekeliling masjid sementara org lain semua bersolat..masalah utama sepanjang berada di sini ialah komunikasi..depa ni sumer tatau cakap english..seksanya bila nak bercakap..dah rupa ayam ngan itik bercakap..satu pengalaman yang paling tak dapat saya lupakan ilaha bila saya dikejar oleh sekumpulan peminta sedekah di luar masjid..adoii..sgt takut..sampai ke pintu bas depa ikut..ceritanya mcm ni..keluar dari masjid..ada semumpulan peminta sedekah..mama minta duit kecil drpd saya..saya dah ingat dah time tu..tourist guide ada bgtau jgn bg duit kat peminta sedekah sbb nanti semua peminta sedekah yg lain akan serbu kita..penyudahnya saya baru pegang beg depa dah serbu..saya pun kelam kabut la lari untuk selamatkan diri..nasib baik selamat..hihihi..nasib baik la gi masjid tu sekali je..buatnye kalau lepas ni gi masji tu lagi..maunyer peminta sedekah tu cam muke haku..hahaha...



Ni pun still dalam masjid lagi..time ni nak balik dah..semua orang dah selesai solat..ni muke saya sebelum dikejar oleh sekumpulan pengemis..hihihi

Dah selesai solat...kami di bawa ke satu tempat untuk menonton Acrobatic Show..Orang sgt la ramai...sementara menunggu show bermula kami di bawa ke kedai snack halal..saya ingatkan mcm mana la rupa kedai tu..rupanya kedai ala-ala 7 Eleven. hampeh..x payah la beli apa-apa..sebabnya stock makanan saya bawak pun dah satu beg..penyudahnya kami cuma beli air dan biskut saje..Sampai masa kami pun masuk..pada mulanya saya sangkakan mesti boringnye la..lain pulak jadinya..seronok wehh..mcm2 aksi..ateh siap beli lg cd show tu..


nak dijadikan cerita..sebelum show start si eishah meragam nak ke bilik air..nk kencing katanya..saya suruh kencing lm pampers dia tanak..sepanjang di Beijing saya terpaksa pakaikan dia pampers..maklum la..oilet nak dpt air pun susah..sudahnyer...sambil membebel saya dukung jugak eishah ke toilet dengan berbekalkan air mineral..sampai toilet die nak nangis pulak..sbbnye kotor..geli katanya...nak tanak saya paksa jugak dia kencing..selesai lepas hajat saya dukung dia dan kembali ke tempat duduk..nasib baik show tak start lagi..show tu ambil masa sejam jugak la..overall..mmg seronok.. Selesai menonton acrobatic show..kami di bawa makan ke restoren halal skali lagi..time ni saya mmg tak makan apa-apa pun..gambar pun x ambil..sampai di hotel saya terus pulun meggi kari sebungkus dan malam tu saya tidur awal lepas telan panadol 2 biji n ubat selsema..saya terus tido....rasa nak demam la pulakkkkkkkkkkk....Cerita Beijing Hari ke 3 akan saya sambung selepas ni..so stay tune..

2 comments:

  1. I visited various sites but the audio feature for audio songs
    existing at this web page is actually marvelous.



    My blog; tibet travel advice

    ReplyDelete
  2. I have been browsing online more than 3 hours today, yet I
    never found any interesting article like yours. It is pretty worth enough for me.
    Personally, if all web owners and bloggers made good content as you did, the net will be a lot more
    useful than ever before.

    Here is my web site - travel and tour services

    ReplyDelete