Monday, July 26, 2010

Beijing Day 3

Hari ke 3 di Beijing sama dengan semalam jugak..macam biasa saya bangun awal dan terus ke bilik mok..mama dan mok masak nasik lemak hari ni..adoila....rindu nyer dengan makanan malaysia..tak boleh tahan beb..kiteorg sepakat tanak turun breakfast di kafe hotel..buat apa nak turun kalau makan pun tak..baik duk bilik jer dan makan makanan yang dimasak sendiri...sangat mabelessssss...gambar nasik lemak tak ingat nak ambik sebab tuan rumah kedaung tgh lahap pulun nasik lemak time tu..siap bawak bekal lg untuk makan tghari karang...hihihihih..Pagi ni kalau iku dalam jadual kami akan dibawamelawat ke kilang jade dulu..perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam jugak x silap..

Tadaaaaa.....dah sampai pun..yang pastinya kami x beli apa-apa pun kat sini sbb tak ada apa yang dihajati..cuma ateh jer la yg beli sarung bantal jade..katenye boleh ilangkan panas kepala..yg tu saya tatau la betul ke tak..balik ganu ni bleh la dptkan testimoni dari ateh pasal sarung bantal jade tu..hahahah

Saya dan eishah..kat level bawah ni menempatkan segala pasu relika bintang n manusia daripada jade..bapak besauuuuu...rege pun mahaiiii..

Rantai gelang pun ada jugak..tapinya saya tak berminat..duk kat level ni kena hati-hati sket..maklumla..bawak eishah..lasak.buatnye pecah ker aper ke brg2 tu..x pasal-pasal melayang la duit saya tu..


Nak dijadikan cerita..kat sini pun ada benda yang terjadi..nak kata lucu x lucu..tapi kesian la sbbnyer mender ni terjadi kat nenek saya..tak cukup dengan cerita saya kena kejar dek pengemis..nenek saya pulak jatuh bedebing kat tangga kedai jade..seingat saya time tu pakcik saya baru duk bebel pesan-pesan kat nenek saya jalan tu tgk2 sket..skali kiteorg pandai depan jap jer..tgk2 dia dah jatuh terduduk..sian la...mesti sakit tu x rasa lagi skrg..tp lepas ni mesti rasa sket..pakcik saya x abis2 membebel pastu..siap citer balik sumer kisah2 nenek saya jatuh dlm longkang la bla bla bla...lawak lawak....

Dah sudah cuci mata di kedai jade..kami di bawa ke Great Wall China..oh ya..selepas ke kedai jade..kami di bawa ke kedai kristal..tapi gambarnya saya x sempat ambik sbb kami cuma singgah sebentar an di sini la anak saya telah menjahanamkan stok dui saya..die mintak rantai beb..layan jer la..bukannyer slalu pun..

Berbalik pada Great Wall China..di sini ada saya sertakan serba sedikit info tentang great wall china..
"Tembok panjang 10,000 merupakan satu siri kubu China silam yang dibina sekitar 200 SM dan diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, semasa Dinasti Ming, untuk melindungi utara China daripada serangan puak Mongol dan Turkik. Ia didahului oleh beberapa tembok dibina semenjak abad ke-3 SM terhadap perompak puak-puak nomad yang datang dari kawasan yang dikenali hari ini sebagai Mongolia dan Manchuria.
Panjang Tembok Besar China ini ialah kira-kira 6,400 km daripada Shanhaiguan sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang. Pada 2009, satu tinjauan arkaeologi baru menggunakan teknologi termaju melaporkan yang panjang keseluruhan tembok, dengan segala cabangnya, menjangkau 8,851.8 km (5,500.3 bt).

pada awalnya..sebelum sampai ke sini..saya ingatkan nak la naik tembok cina ni..skali bila dah sampai..dah tgk..gilllerrr..camner nak panjat ni..curam giller tangga..dah le ngan eishah lagi..penyudahnya kami cuma naik beberapa tangga dan ambil gambar di bawah saja..dah la panas terik time ni..panas panas panasssssss...lupe nak bgtau..nenek saya duduk dalam bas jer..x larat katanya..

Dah sudah panjat tembok cina..kami di bawa makan ke satu restoren berdekatan..restoren tu satu bangunan yang besar..dan ada jual pasu-pasu tembikar yang dilukis tgn..gambar ada..tapi saya tak ingat nak watermark..so nan adoo la gambar tu...hihihih...solat pun kat sini terus..dah sudah makan kami di bawa ke kedai herba..kat tempat ni la selalunya pelancong-pelancong beli koyok dan krim..gambar tak ada sebab kebanyakkan tempat-tempat ala-ala mcm kilang ni dorang x bg ambil gambar..antara tempat yang x dapat nak ambil gambar ialah kedai sutera..kedai herbs..kedai teh..dan lain-lain..yg tu semua ada dalam jadual kami tapi gambar x ada sebab x boleh ambil.selesai melawat kedai herbs..kami di bawa ke kedai teh..di sana kami diberi demonstrasi beberapa jenis teh..depa cuma tunjuk cara bancuh n cara nak minum mcm mana..siap bunyi bagai time minum..teh untuk kurus pun ada..tapi tuan belog kedaung tak beli pun sbb tuan belog mmg sudah semula jadi kurus kering..hanis melawat kedai teh..kami di bawa makan ke restoren halal..gambar restoren ada..tapi saya tak ingat jugak nak watermark..hihihi..selesai makan terus pulang ke hotel..balik hotel terus mandi..bukan apa..malam ni ada agenda penting..tourist guide sudah suruh sorg pembekal alas meja baju etc untuk bawak brg2 u ke hotel..mmg murah giller..immitate hard rock cafe shirt korang bleh dapat dlm rm7 jer weii..kalo beli kat mall dorang..yang cap ayam pun dah beratus berpuluh yuan dorang letak..hahaha..sangat berbaloi2...tuan belog cuma beli alas meja dan t shirt jer utk jiran sebelah rumah..hahaha..malam itu..nenek saya tido dalam keadaan senyum ler sbbnyer alas meja utk 9 orang anaknya sudah pun berjaya dibeli..


No comments:

Post a Comment