Tuesday, July 27, 2010

Beijing-Day 4

Hari ke 4 di Beijing sama mcm 2 hari lepas jugak..mcm biasa bangun awal..jadual hari ini ialah melawat Summer Palace..Dalam bas sebelum sampai ke Summer Palace kami diceritakan serba sedikir sejarah Summer Palace..Menarik jugak..cumanya dalam hati saya berdoa jangan la kena menapak sejauh mcm dekat Forbidden City hari tu..kalau tak..ada yang pengsan nanti..hihihi

Saya dan eishah..di dalam kawasan Summer Palace..tempatnya mmg cantik dan luas..ada banyak pintu masuk..tapi kami cuma melawat selama sejam..kalau nak melawat kelseluruhan tempat ni dankeluar di pintu lain akan mengambil masa lebih kurang 3 jam..pengsann!!!!!!!!! Di bawah saya sertakan sedikit info yang saya dapatkan drpd internet bekaitan dengan Summer Palace..
Istana Musim Panas ('Yihe Yuan') terletak di pinggir bandar Beijing,China , kira-kira 15 km mengikut lebuh raya dari ibu kota Beijing. Kawasannya luas di tepi Tasik Kunming tasik buatan digali oleh manusia dan di atas Bukit Longevity (60 meter tinggi ). Keseluruhannya dilengkapi dengan balai teater, kuil, istana , jambatan gaya China , seni taman, jeti perahu naga , arca kerbau dan lain-lain. Tasik ini meniru rekabentuk [Tasik Barat]] di Hangzhou.
Kini menjadi tarikan pelancong domestik dan antarabangsa. Ia diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco pada 1998.
Asalnya dibina semasa Dinasti Jin (1644-1911) oleh Maharaja Qinlong pada 1749 .
Pada 1860 sebahagian bangunan hancur akibat perang Anglo-Perancis 1960 dan Pemberontakan Boxer 1900. Tetapi 1886 dibangunkan semula mengikut arkitektur klasik China dan diberi nama baru 'Yihe Yuan'. Setelah itu Ratu Cixi menetap di sana.

Masih lagi di dalam kawasan Summer Palace..berehat sambil menunggu orang lain menyanyi di dalam bilik air..


Di dalam Summer Palace ni pun ada Istana jugak..katanya ada anak raja yang dikurung di sini oleh Pemaisuri Cixi dulu..namanya saya dah tak ingat..tapi kisah sejarahnya seronok dan menarik jugak...pernah jugak didramakan kisah tu..

Inilah dia tasik yang terdapat di dalam Summer Palace..Berdekatan tempat ni ada satu pondok..katanya di pondok itulah permaisuri Cixi menyanyi utk menarik perhatian maharaja dan selepas itu la dorang kawin dan dapat sorang anak..chewaaahhh..
Nampak tak tokong di belakang eishah tu..yg tu pun masih dalam kawasan Summer Palace..rasanya mesti korang boleh imagine betapa luasnya kawasan ni..
Selesai melawat Summer Palace..kami di bawa melawat ke Kilang Mutiara..Mutia di sini semuanya di ternak di Summer Palace..Dekat tempat ni ada gambar permaisuri Cixi..Walapun time tu dia dah berumur tapi dia tetap nampak muda dan cantik kerana dia sorang yang sukakan kecantikan..dia la yang hasilkan produk kecantikan drpd mutiara..ada krim dan sebagainya..Ooo..lupa nak bgtau..kat sini eishah dpt satu mutiara fresh drpd staff di sini..hihihihi..lepas melawat kilang mutiara tu kami di bawa makan tghari di restoren dan terus solat di masjid berdekatan..

Tadaaaaa...ni la dia tempat di mana pelancong selalu shopping..SILK MARKET..kami ke sini selepas makan dan solat..kat sini la kami borong alas mja dan baju utk anak dan sedara mara..dan di sini jugakla tuan punye belog telah glamer sebab si eishah menangis meraung-raung nak beg princess..time ni tuan punye belog telah bertukar menjadi incfedible hulk dan mula memulas dan mencubi eishah dengan sepuas hati..saboooooooooooooooo jer la...saya tak shopping apa pun..cuma beli baju utk yusuf dan eishah jer sorang selai..kami singgah di sini pun cuma sejam jer..sambung shopping di sini esok ptg pulak..sblm pulang ke hotel kami di bawa makan di restoren halal berdekatan dan setelah makan terus pulang ke hotel..

No comments:

Post a Comment