Wednesday, July 28, 2010

Beijing-Day 5

Hari ke 5 di Beijing..sama jugak mcm hari2 sebelum ni..bangun awal..pagi ni destinasi pertama ialah melawat Bird Nest..Kat sini saya ada sertakan skali sedikit info mengenai bird nest..

Stadium Nasional Beijing (Cina Tradisional: 北京國家體育場; Cina Ringkas: 北京国家体育场; Hanyu Pinyin: Běijīng Guójiā Tǐyùchǎng; Tongyong Pinyin: Běijīng Guójiā Tǐyùchǎng), juga dikenali sebagai Stadium Nasionalatau "Sarang Burung" (鸟巢) masih berada dalam pembinaan di Olympic Green di Beijing, China yang dijadual siap sepenuhnya pada Mac 2008. Stadium ini akan menganjurkan pertandingan sukan olahraga untuk Sukan Olimpik 2008, juga sebagai majlis perasmian dan penutupan Sukan Olimpik 2008. Ia terletak bersebelahan dengan Pusat Akuatik Nasional Beijing.

Ini adalah gambar dari jarak jauh dari luar stadium..

Gambar dari depan stadium

Kami di depan kawasan stadium..


Ini pula permandangan luar Pusat Akuatik Nasional Beijing..

Selesai melawat Bird Nest, kami singgah di kedai jade berdekatan..bezanya kedai jade ini bukan kerajaan punya..ianya milik swasta dan pemiliknya ialah warga malaysia..tokei sendiri yang dtg layan kitorg tu..siap bg jade percuma dekat sumer kanak-kanak dlm rombongan kami..haiiiihhh..untung jadi eishah..hahaha..selepas selesai lawatan k kedai jade tersebut kami dibaawa ke restoren berdekatan dan terus bersolat sbb lepas ni kami akan di bawa untuk menghabiskan duit di silk market..mula-mula kami dibawa ke Yashow Market..katenye kalau ada yang nak beli handphone bagus beli disini kerana kualitinya lebih terjamin..oo..x ingat plak nak bgtau..sebelum ke Yashow market kami singgah di kedai Hard Rock Cafe..Tuan punye belog nak beli baju untuk suami terchenta...kami di Yashow market sekejap saje sbb tempatnya tak menarik mcm kat silk market..



Sudahnyer kami shopping di silk market sampai 6 ptg..tuan belog tak beli apa pun..tp yg pastinya eishah tido dalam keadaan senyum la sbb hajat kesampaian..
Sebelum balik..macam biasa la..makan malam terlebih dahulu dan macam biasa..saya x makan pun..ini ialah permandangan di dalam restoren..

Saya dan eishah di luar restoren..biasalah..dah nama pun x makan..baikla ambik gambar kat luar..

Kami...bersama dengan ALI..tourist guided yang sangat baik, peramah dan boleh berbahasa melayu..time ni tugas dia dah nak abis..digantikan dengan rakan sekerjanya yang lain..x sempat dia nak hantar kiteorg sumer ke epot esok sebab dia ditugaskan untuk bawa rombangan lain pulak..Sekian cerita hari ke 5..Cerita hari ke 6 saya sambung nanti..


1 comment:

 
Images by Freepik