Monday, September 6, 2010

Buat yang terakhir kali..

Jumaat malam baru ni suami saya turun saya turun ke kl selepas tutup bazar semata-mata nak restock barang-barang..pagi itu saya ke KL..berjumpa dengan suami di tempat pembekal..saya tiba di sana seawal jam 9 pagi ditemani anak perempuan saya..saya langsung tak bgtau eishah yang ayahnya skrg berada di kl..harapan saya..moga ini menjadi kejutan yang akan menggembirakan eishah kerana hampir 2 minggu dia tidak berjumpa ayahnya..benar telahan saya..ketika nampak kelibat suami..eishah mula malu-malu..namun..tidak lama kemudian dia menundukkan mukanya..mungkin sedih..atau pun terharu bile melihat wajah insan yang amat dirindui..terus saja dia bersalaman..memeluk..mencium ayahnya..sedih..ada sedikit rasa sebak dalam hati saya..saya terus mulakan kerja-kerja memilih stok..tak mahu melengah masa kerana suami saya kejar masa mahu pulang ke terengganu pd hari yg sama..selesai memilih..kami berpecah..sebelum tu..saya salam..cium tgn suami..eishah juga tidak ketinggalan bersalaman dengan ayahnya..selesai salam..dia menundukkan kepalanya ke lantai..sedih barangkali..mahu menghilangkan sedih eishah..saya segera tarik tangan eishah dan berlalu ke sogo utk mencari kasut eishah..selesai membeli kami pulang ke rumah menaiki kereta..saya sangkakan suami sudah pun bergerak pulang ke kuala terengganu..rupanya masih di bangi menukar tayar kereta..suami bergerak ke terengganu lebih kurang pukul 2 ptg..sampai di exit kuantan/cheras..suami msg..jalan jam teruk katanya..saya cuma membalas menyuruh dia memandu dengan lebih berhati-hati dan berehat sekiranya mengantuk kerana semalaman dia tidak tidur..
Lebih kurang pukul 4 ptg saya terima satu sms dari suami..katanya..mujur x mati..dan dia hanya akan ceritakan semuanya pada saya bila dia sampai di terengganu nanti..hati saya benar-benar x keruan..telefon pun off..apa yang berlaku sebenarnya..mcm2 yang saya fikirkan..akhirnya penantian saya berakhir...suami telefon saya lebih kurang jam 9.30 malam..katanya dia dah pun selamat sampai di rumah dan dia tak buka bazar mlm ni..rupanya kereta yang dipandu suami nyaris terbabas dan melanggar divider gara-gara terlelap..sepanjang suami bercerita..saya terkedu..dah la x pakai seat belt..hampir langgar divider lak tu..mujur la dia tersedar disebabkan terdengar bunyi seakan-akan tayar meletup..kata suami..saat itu dia hanya terbayangkan wajah anak-anak dan saya..sekiranya dia gagal mengawal kereta tadi..sudah tentu itulah kali terakhir saya berjumpa suami..kali terakhir saya berpeluang bersalam dan mencium tangannya..dan mungkin juga kali terakhir eishah dapat peluk cium ayah nya..Ya Allah..saya bersyukur pada Tuhan kerana memelihara suami daripada kejadian yang tidak diingini..dan apabila semua ini terjadi..ianya seakan memberi satu mesej yang tersembunyi agar saya sentiasa menghargai apa yang ada di depan mata saya..

No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik