Monday, July 8, 2013

Resepi Sos Blackpepper

Assalamualaikum 


 Blackpepper sauce for potluck today

Tak lama dah nak puasa..hari ni di pejabat ada buat makan2 sempena nak sambut puasa..potluck la ye..tugas saya cuma buat blackpepper sauce..meatball sumer x yah pk..ada org lain yg akan bawak..ngaaaaaaaa..memandangkan ada dikalangan kawan-kawan yg bertanyakan resepi sauce tu..so saya tepek dalam blog utk rujukan semua termasuk la saya..maklumla..kebanyakkan resepi saya sumer tepek kat peti ais..so kalau hilang..mmg rugi la sgt..ok..jom tgk apa bahan2 yang diperlukan utk buat blackpepper sauce ni..

Bahan-Bahan: (ikut selera masing2 utk sukatan ye)

1/2 biji bawang holland (potong dadu)
1 kiub ayam
planta atau marjerin
2 sudu besar tepung gandum
Susu fresh milk/Susu cair
Air masak
1 sudu Sos Tomato
1 sudu Sos Tiram
1 sudu Kicap Manis
Blackpepper
Garam
Gula

Cara-cara:

1. Tumiskan bawang holland yg dipotong dadu dengan planta/marjerin.
2. Masukkan tepung gandum dan masak sehingga kelihatan keperangan.
3. Masukkan susu, air masak, sos tomato, sos tiram, kicap dan blackpepper..kacau hingga pekat..
4.Tambah gula dan garam ikut kesesuaian..


No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik