Saturday, July 13, 2013

Iftar 4 Ramadhan

Assalamualaikum

Allhamdulillah...hari ni dah masuk hari ke 4 puasa..memandangkan hari ni hari minggu..boleh la masak spesel sket ajak semua adik beradik berbuka..menu yg dipilih hari ini ialah paprik ayam, ikan kerapu masak 3 rasa ikan siakap stim dan satu lagi makanan timur tengah..nama apa pun saya lupa..sbb bukan saya yg buat..tapi P.A si Ashrof yg buat...ngaaaaa..untuk pencuci mulut pulak..saya cuma buat puding roti bersama dengan sos kastard laici..jom layan gambar..

 Ikan Siakap Stim

Bahan:

Ikan Siakap
 Serai
 Halia
 Sos Tiram
 Air perahan limau
 cili padi
daun limau purut
 garam
 gula
 tepung jagung (utk pekatkan kuah).
Untk hiasan:bawang potong bulat, daun ketumbar.

Cara-cara:

Panaskan bekas kukusan, Gaulkan ikan dengan sos tiram,garam, gula, serai, halia, air perahan limau, cili padi dan daun limau purut..kukus hingga ikan nampak masak. Dah masak nanti boleh la taburkan bawang dan daun ketumbar.

 Ikan Kerapu Masak 3 Rasa

Bahan-Bahan:

*Sebiji bawang besar
*Beberapa ulas bawang putih
 *1 biji capsicum
 *beberapa biji cili merah besar
 *beberapa biji cili padi
*daun ketumbar
*serai
*tomato
sos tomato
sos cili
garam
gula

Cara-cara:

Blend semua bahan bertanda *..panaskan kuali dengan minyak..masukkan semua bahan yg sudah di blend. Masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula..Hiaskan dengan hirisan daun ketumbar dan tomato dipotong dadu.

 Makanan Timur Tengah..made by P.A Amir Ashrof

Puding Roti

Bahan-bahan:

7-8 keping roti
500ml fresh milk
 4 sudu besar gula halus
2 biji telur
 1 sudu teh esen vanilla
 sedikit kismis
2 sudu besar mentega (dicairkan)

Cara-cara:
Koyakkan roti, Satukan semua bahan di atas dan rendamkan roti ke dalam bahan yg dah disatukan td seketika. Letakkan dalam loyang yang disapukan dengan sedikit mentega. Taburkan baki kismis atas roti. Bakar di dalam oven pd suhu 180 selama 30 minit. Boleh dihidangkan bersama dengan sos kastard

Sos Kastard Laici.

Bahan-bahan:
1 tin susu cair
1 tin buah laici dlm tin
1-2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula.

Cara-cara:
Satukan semua bahan diatas dan kacau hingga pekat.


No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik