Friday, July 19, 2013

Iftar 10 Ramadhan

Assalamualaikum 

Ini menu hari ke 10 puasa..dah tatau nak masak apa..ini je yg ada dlm peti ais..so gunakan apa yg ada ye kawan2...menu hari ini ialahh...........tadaaaaaaaaaaaaa....

 Ikan cencaru bakar bercili
 
Waktu memasak: 25 minit
Saiz hidangan: 2 orang
 
BAHAN-BAHAN:
  • 2 ekor ikan cencaru (saiz sederhana)
  • 4 tangkai cili kering | dikisar halus
  • 2 biji cili merah | dikisar halus
  • 3 biji cili padi | dikisar halus
  • 2sm halia | dikisar halus
  • 2 ulas bawang putih | dikisar halus
  • 2 ulas bawang merah | dikisar halus
  • 1sm belacan
  • 1 sudu makan jus limau
  • 1 sudu makan gula merah
  • 1 sudu makan minyak
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  CARA MEMASAK:
1. Perap ikan bersama bahan yang telah dikisar, belacan, jus limau, gula merah, minyak, serbuk kunyit dan garam. Perap selama sejam.
2. Setelah diperap, balut ikan menggunakan foil aluminium sehingga menutupi semua bahagian ikan.
3. Bakar pada suhu 180˚C selama 20 hingga 25 minit atau hingga masak.
4. Hidangkan bersama sayuran dan nasi putih. Sedia dinikmati.
 
Sumber: Karangkraf

Sayur campur

 Telur goreng masak sambal

2 comments:

  1. Mami erni.. semua buat masak sambal.. budak2 cutie pie tu makan ape???

    ReplyDelete
  2. budak2 ada makanan lain kak..hahaha...

    ReplyDelete

 
Images by Freepik