Tuesday, December 21, 2010

Rapunzel: A Tangled Tale

Assalamualaikum semua..dah lama saya tak update blog..bukan takde cerita yang nak ditulis..tapi saya sibuk di pejabat dan rumah..akhir tahun terlalu banyak statistik yang perlu saya cukupkan..tak menang tangan di buatnya..lupakan cerita pejabat..saya nak kongsi hari minggu lepas yang saya isi bersama dengan anak-anak dan anak sedara saya..kalau diikutkan seawal keluarnya iklan movie RAPUNZEL saya dan suami dah berjanji pada anak dara saya..kononnya nak bawa dia ke panggung menonton cerita ni..kesibukkan saya dan suami menyebabkan eishah terpaksa menunggu selama 2 minggu utk menonton cerita ni..walapubagaimanapun..saya gembira kerana dapat tunaikan janji saya pada eishah..

Rapunzel..cerita yang eishah nanti-nantikan..dalam panggung dia kelihatan gembira..kejap tanya itu..kejap tanya ini..bimbang juga takut penonton lain terganggu..mujurla yg ada dalam panggung tu semua terdiri daripada ibu bapa yang membawa anak kecil mereka utk menonton cerita kartun kegemaran anak-anak..Di awalnya kami masuk berlapan..saya, suami, eishah, yusuf, mak long, dania, pak ngan dan syafiq..last2..tinggal 6 org je kerana suami terpaksa membawa yusuf keluar dr panggung..yusuf tak dapat bertahan lama dalam panggung..mungkin awal-awal saya dapat sogok yusuf dgn popcorn..lama kelamaan yusuf mula menunjukkan tanda-tanda bosan dan hendak meneroka di setiap pelusuk panggung..


Antara babak-babak yang mencuit hati..

Comelkan?saya tatau apa nama binatang ni..yang pastinya comel..dan slalu buat muke poyo..Apa pun bg saya cerita ini cukup menarik utk tontonan kanak-kanak..sapa-sapa yang belum tgk lagi tu..boleh la pi bawak anak-anak tgk cerita ni..




1 comment:

 
Images by Freepik