Thursday, December 30, 2010

Telefilem 5 Disember

Semalam selesai menonton perlawanan bola..secara tak sengaja saya menonton cerita ini..sebelum ni saya pernah terbaca beberapa kontoversi tentang telefilem ini..menonton cerita ini membuatkan saya tak dapat tidur malam..betapa kejamnya pembunuh tersebut..ngeri..sampai skrg masih terbayang-bayang cerita smlm..apa pun saya kurang pasti...benarkah allahyarham dirogol, diliwat dan dibunuh..ataupun..allahyarham dirogol dan dibunuh..apa pun kedua-dua perbuatan tersebut sangatlah kejam..rasanya dah 10 tahun kejaidan tu berlaku..dan pembunuh allahyarham sudah pun mendapat balasan yg setimpal walaupun pd saya balasan tu x setimpal..kalau ikut saya la..seksa dulu teruk-teruk bia dia rasa cemana org tu rasa..hiiishhhhhhhhhhhhh..gerammm...takziah skali lagi buat keluarga arwah dan semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat..di bawah adalah sinopsis telefilem tersebut yang saya perolehi dr internet..

Berlainan dengan telefilem 5 Disember yang disiarkan pada 29 Disember jam 9.30 malam. Arahan Erma Fatima ini menceritakan kisah Mastura yang mati akibat dirogol dan diliwat oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Beberapa hari sebelum kejadian, Mastura ke Kuala Lumpur untuk menghadiri temuduga setelah mendapat tawaran bekerja.

Aidil, tunangnya menunggu di stesen bas, namun sehingga jam 12.00 tengah malam Mastura masih tidak muncul. Keadaan menjadi lebih sedih apabila polis meminta keluarga Mastura membuat pengecaman mayat. Kematian Mastura membuatkan kehidupan Aidil tidak tentu arah malah lebih teruk daripada keluarga Mastura sendiri.

5 Disember menjadi tarikh keramat bagi mereka kerana itu adalah tarikh perkahwinan Mastura dan Aidil. Kakak Mastura, Laily Mastika, peguam handalan, berusaha mencari keadilan bagi adik kesayangannya.

Usaha Laily Mastika menjejak pembunuh sebenar Mastura akhirnya berjaya dan keadaan menjadi bertambah sayu apabila mendengar pengakuan pembunuh itu.




No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik