Saturday, November 20, 2010

Bilik sesuai rangsang minda anak kecil

Mood berangan..

PELBAGAI konsep digunakan ibu bapa untuk menampilkan kelainan bilik si kecil bagi membolehkan mereka menikmati keselesaan ketika berehat, bermain, belajar atau tidur.

Bilik si kecil yang bergaya ringkas dilengkapi sebuah katil bujang, meja belajar, kerusi serta rak terbuka bagi menempatkan himpunan barang permainan lebih bermanfaat.Biasanya, bilik tidur kanak-kanak disatukan dengan ruang bermain bagi memudahkan mereka berinteraksi.


Kebijaksanaan membentuk ruang yang sesuai penting bagi merangsang keupayaan minda anak menjalani kehidupan lebih bermakna.Pilih warna yang sesuai bagi bilik kanak-kanak untuk keselesaan dan sudut pembelajaran sempurna. Bukan semua warna ceria sesuai untuk kanak-kanak. Merah umpamanya membuatkan kanak-kanak cepat lapar dan warna kuning ada kebarangkalian kanak-kanak menghidap penyakit kuning.


Warna ceria membuatkan kanak-kanak hiperaktif dan biasanya rona merah jambu dan biru muda sesuai untuk bilik mereka. Untuk bilik tidur bersama ruang bermain, ukurannya perlu cukup luas dan lengkapkan dengan rak atau almari.Rak terbuka sesuai untuk anak berumur lima tahun ke atas kerana mereka pandai menyusun atur barangan.

Jika anak masih kecil dan berusia kurang tiga tahun, sediakan bakul untuk memudahkan mereka memasukkan barang permainan selepas bermain. Pastikan tiada benda tajam di bilik dan pilih perabot jenis tidak berbucu tajam atau keras.


Katil yang mempunyai pengadang sesuai dengan usia kanak-kanak juga sering menjadi pilihan ibu bapa termasuk menampilkan konsep mengikut kecenderungan anak mereka. Bagi kanak-kanak yang meminati kartun, tempatkan almari pakaian, meja bermotif kartun bersebelahan katil, lampu terendak dan penggunaan kertas dinding bermotifkan kartun

(sumber dari HIASANREKAINDAH) dan semua gambar dr google.



No comments:

Post a Comment