Tuesday, November 5, 2013

Resepi Bun Lembut & Gebu

Assalamualaikum




Ahad baru ni dah mati kutu tatau nak buat ape..bosan yg amat..mmg dokleh ke.mana-mana sbb yusuf demam tonsil bengkak...penyudahnya timbul la idea mcm2 nak buat...tangan gatai nak memasak..mangsa paksa rela pi yummy bakery ialah mama...hihuhi....balik rumah terus sinsing lengan uli doh...jom tgk cemana nak buat bun yg lembut dan gebu..resepi saya ambil dari internet..

Bahan-bahan ( tergantung size doh yg dibentuk )
 
600 g tepung roti ( 5 cawan rata)
120 g gula halus (1/2 cawan rata)
1 sk rata garam
2 sb susu tepung (opt)
5 sk rata yis segera (contoh-Mauripan)
1 biji telur
250 ml air
60 g mentega - lembut (2 sb penuh)

Cara-cara

1. Satukan semua bahan2 di dlm mixer dan putar hingga doh tk melekat pd mangkuk mixer.
2. Perap selama 45 min atau berganda saiznya.
3. Canai doh bahagikan kepada beberapa bahagian dan bentukkan.Atau timbang 50g setiap satu.Isi inti manis seperti kelapa manis,kaya,kcg merah dll.
4. Boleh juga dibubuh perasa pd doh seperti koko dan isi inti potongan choc. atau kismis dll...dan susun doh dan jarakkan di atas dulang pembakar.
5. Perap lagi selama 45 min atau berganda saiznya.
6. Bakar di dlm oven yg telah dipanaskan dulu pd suhu 180C selama 10-15 min.
7. Siap untuk dihidangkan, utk sarapan atau minum petang.


Selamat mencuba u ollsssss....


No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik