Thursday, April 14, 2016

Resepi Stew Ayam

Assalamualaikum 

 Stew Ayam


Lepas balik dr Melaka hari tu..dua hari berturut-turut dapur x berasap...penat sgt le kunun nye..anak dara dah bising..dah 2 ari ibu suh beli makanan kantin..tssskkk tssskkkk..dia sudahhh hint dah tu...sile laa pahammm...balik kije smlm gigih singgah pasor..beli ayam sekoq..nge binatang-binatang lain...so pagi ni kul 4 dah bangkit dr tidoq...bersilat kat dapur...bahan-bahan semua dah siapkan malam td...menu hari ini ialah...stew ayam...resepi saya ceduk dr  Azie Kitchen 

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam - potong ikut suka 4 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 batang kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang
2 - 3 sudu besar tepung gandum
Sedikit kicap Sedikit lada hitam - tumbuk kasar Garam dan serbuk perasa 1 biji ubi kentang - dipotong 4
1 batang karot - potong besar
1 biji bawang besar - potong 4
Cara-cara:
1. Tumis bahan penumis dan bawang serta halia yang dihiris nipis hingga wangi. Masukkan tepung gandum dan digoreng dengan api perlahan supaya tepung agak masak. 
2. Masukkan ayam dan ubi kentang, karot, bawang besar dan dikacau rata. Masukkan sedikit air, kicap, garam, lada hitam dan serbuk perasa. Masak sehingga kentang empuk. 

3. Sesuaikan rasa dan kepekatannya. Tabur daun sup dan bawang goreng. Hidangkan.

 

Bento utk Aieshah Naqiyyah & Yusuf Rif'at pagi ni


No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik