Tuesday, February 8, 2011

Tragedi 4 Feb 2011 @ KLIA Airport

Assalamualaikum semua..actually semua ni berlaku pada hari jumaat yg lalu (4 feb 2011)..kami sekeluarga ke KLIA airport utk menjemput pakcik saya yang baru pulang bercuti dari Bandung..en suami kebetulan tak ingat pukul berapa mereka touch down KLIA..penyudahnya..dah touch down KLIA baru dorang kol..so lepas solat asar kami anak beranak bergegas ke airport..seperti biasa..kami x parking pun..cuma tunggu di ruang menunggu di balai ketibaan..tak silap di pintu 4..
Ini gambar sebelum kejadian berlaku...isteri pakcik saya terlebih dahulu melintas jalan kerana saat itu adam ada bersama dengan pakcik saya..dia duk atas troli beg time tu...dan kalau korang perasaan..ada zebra crossing dalam gambar di atas..kat situ la dorang melintas...dari jauh saya nampak adam gembira berjalan bersama dengan papanya..tapi belum sempat saya buka mulut nak bertanya kepada isteri pakcik saya bagaimana mereka di Bandung..kedengaran sebuah kereta meluncur laju diikuti dengan pekikan kuat suara pakcik saya..ADAM!!saya meluru keluar dari kereta selepas terdengar bunyi sreet..dan tatkala itu yang saya lihat pakcik saya berlari mengundur ke belakang dan kepalanya di toleh kebelakang..saya tahu..dia pasti takut utk melihat apa yg terjadi pada satu-satunya anak yg dia ada..adam terlantar menelangkup di atas jalan..isteri pakcik saya berlari mendapatkan adam..dipusingkan adam lalu dia raup-raup wajah adam..wajahnya tenang dan yg saya dengar cuma..ya Allah..Ya Allah..sayang...Ya Allah..suaranya cukup tenang..setitis airmata pun tiada..keadaan di situ tatkala itu cukup panik..en suami sibuk menyerang pemandu yang dikatakan laju memandu di kawasan yang sepatutnya hanya dibenarkan memandu selaju 25kmj..saya?waktu itu saya menangis..seluruh badan menggigil..yusuf berada dalam dukungan saya manakala eishah tangannya saya pimpin..adam di bawa ke klinik pusrawi di tingkat 3 sama aras dengan balai ketibaan..en suami menyuruh saya membawa anak-anak masuk ke dalam kereta..sebelum masuk ke dalam kereta..salah sorang pemandu limo di situ menghulurkan selipar yg di pakai adam kepada saya..lagi laju airmata saya..masuk dalam kereta saya terus telefon mama dan aboh..eishah x putus2 tanya kenapa ibu nangis?adam mati ke?kami terus ke zon C utk parking dan terus bergegas ke pusrawi..

Ini kecederaan adam ketika berada di pusrawi..kakinya luka..dan tulang betis nampak bengkak..pihak pusrawi hanya mencuci dan membalut luka kerana mereka tidak mempunyai peralatan yang mencukupi..

Selain daripada luka di kaki..muka adam belah kiri juga kelihatan bengkak..ada kesan luka di telinga dan pipinya..pipinya dah mula nampak tanda lebam

Pihak pusrawi refer adam ke hospital putrajaya untuk rawatan lanjut..disebabkan sorang kena buat report n sorang kena bawak adam ke hospital..kami telah membuat keputusan utk menggunakan khidmat ambulans..mujur driver limo tu yg bayar semua kos perubatan termasuk ambulans..so..pakcik saya dan isteri serta adam ke putrajaya menaiki ambulans manakala kami diiring oleh 4 orang polis utk ke tingkat 5 membuat report..lebih kurang 7.30 baru selesai..tapi kami terpaksa ke Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi utk report skali lagi..penyudahnya saya sampai di Bukit Mahkota hampir pukul 9.30 malam..anak-anak time tu dh nampak letih..selesai mandi dan solat..kami angkut beg dan tidur di rumah mama kerana encik suami hendak ke hospitak putrajaya..

Adam di hospital putrajaya..tak tahan dengan kesakitan yang ditanggung hinggakan dia menggigit bajunya sendiri..hasil drpd x-ray yang dibuat didapati adam patah kaki dan tulang bahu..

Sepanjang malam adam merengek menahan kesakitan..malam itu pakcik saya dan isterinya bermalam di Hospital Putrajaya..

Walaupan tangan kanan cedara..tapi adam masih boleh mewarna denga menggunakan tangan kiri ketika berada di hospital putrajaya..bosan barangkali..

Hari Sabtu.. adam dah boleh discharge..dan direfer ke hospital KTS, Kuala Terengganu..mama dan aboh seawal pagi dah ke hospital manakala saya di rumah sibuk menguruskan tiket penerbangan pulang mereka ke Kuala Terengganu utk pagi esok..selesai kelas encik suami..kami terus ke Hospital Putrajaya utk menjemput mereka pulang kerana mereka akan bermalam di rumah kami sementara menunggu penerbangan pagi esok..

Adam...ketika berada di rumah saya..saya tak sampai hati setiap kali mendengar dia merengek menahan kesakitan..sehinggakan akibat drpd terlalu sakit..dia siap minta untuk makan ubat tahan sakit drpd mamanya..kesiannya adam..malam itu dia tidur tidak berapa lena..dan sepanjang pakcik saya berada di rumah kami..kami sempat bersembang kejadian yg berlaku semalam..rupanya adam ternampak kelibat eishah lalu melintas jalan sendiri dan saat itu pakcik saya tak sempat nak buat apa-apa..yg mampu hanya panggil nama adam..
Adam @ KTS..tiba saja di Terengganu adam terus di bawa ke KTS utk dressing luka..menurut isteri pakcik saya..adam menangis sambil berkata..Ya Allah ya Allah, doktor2,no thank u, biar adam buat sendiri je...
Ini pula gambar yg saya dpt dr facebook..rasanya skrg ni adam dah bertambah ok..merengek pun dah kurang..speedy recovery for u adam..insyaAllah jumaat ni kami akan pulang ke Terengganu..dapatla melawat adam skali nanti..Actually banyak pengajaran yg saya dpt selepas drpd kejadian ni..yg pastinya anak saya Yusuf pun suka jugak lari ke hulu ke hilir sendiri..lepas ni saya kena lebih alert dan berhati-hati..untuk driver limo klia lak..agak-agak la kalo nak laju pun..dah tau kat situ tempat org cross..slow la...agak-agak nak racing hang pi ler racing kat Sepang tu ha...

Gambar: Hakmilik Hakmawati Awang & Abu Bakar Abdullah

4 comments:

  1. semoga cepat sembuh adam.
    huhuhu.
    apa laa pemandu yg langgar adam tu.
    tataw undang2 ke apa?
    hmm.

    ReplyDelete
  2. sian nye adam kakk...
    moga cepat sembuhh ye

    ReplyDelete
  3. huhuhuh... seram sejuk nieza dok baca n3 nih... semoga adam kuat n cepat sembuh...

    ReplyDelete